loading...

Thursday 2 March 2023

Lelaki kurang siuman minta makanan mati dibunuh peniaga Food Truck di Lukut



Seorang peniaga makanan kenderaan saji atau Food Truck bertindak melarikan diri selepas menikam mati seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman.


Menurut seorang saksi berkata, mangsa sebelum ini selalu merayau di sekitar pekan Lukut dan meminta makanan daripada peniaga di kawasan itu. 


Malangnya, dia tidak bernasib baik dan ditikam oleh suspek menggunakan barang tajam. 


"Saya dimaklumkan peniaga itu datang daripada Segamat dan dia lari dengan Proton Wira berwarna putih sebaik saja menikam lelaki itu," katanya. 


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, pihaknya yang menerima panggilan mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian berdekatan Medan Selera Cina Pekan Lukut. 


"Polis menerima maklumat seorang lelaki ditikam dengan menggunakan objek tajam di kawasan Medan Selera Cina di pekan Lukut. 


"Polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati seorang lelaki terbaring di kawasan parkir dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah," katanya. 


Pegawai Perubatan yang juga berada di lokasi kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. 


Mayat mangsa berusia 38 tahun itu kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk dibedah siasat. 


Motif kejadian masih dalam siasatan dan polis kini sedang memburu suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/G53lWA0
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/BPoNYtx
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...