Pelakon Kamal Adli dilaporkan mengalami kecederaan parah ekoran diserang oleh individu tidak dikenali ketika beradadi satu acara karnival jualan di Singapura.
Menurut isterinya, Uqasha Senrose berkata, kejadian itu baru saja berlaku pada hari terakhir mereka menjayakan ekspo di negara jiran itu.
"Lebih kurang jam 10 malam, ada seorang makcik nak bergambar di kerusi roda. Saya dan suami bergambar dengan makcik itu. Tiba-tiba ada seorang lelaki datang dan bertanya, Kamal mana.
"Kami fikir dia peminat. Kamal tegur dia dan tiba-tiba dia keluarkan cota dari poket, terus pukul belakang kepala Kamal berulang kali sehingga darah berjurai di baju.
"Apabila Kamal angkat kepala, dia pukul di tulang pipi dan berkali-kali di bahagian badan. Lelaki itu juga mempunyai senjata tajam," katanya memetik laporan daripada Harian Metro.
Disebabkan kejadian itu, Kamal terpaksa mendapatkan rawatan di hospital dan perlu menjalani pembedahan kerana luka yang besar dan panjang di belakang kepala.
"Saya sedih, mungkin dia akan ditidurkan. Saya tak boleh nak masuk bilik pembedahan sekarang. Cuma boleh buat laporan polis di Singapura," katanya.
Menurut Uqasha lagi, lelaki tu telah ditangkap oleh orang awam. Namun sebelum itu lelaki terbabit ada memaklumkan bahawa dia telah dihantar oleh satu pihak, selain mendakwa ada isu peribadi dengan Kamal.
"Bila ditanya lagi, dia beritahu bahawa dia cemburu apabila Kamal berkahwin dengan saya," katanya.
Adik beradik Uqasha Senrose juga tidak terkecuali dan diugut oleh suspek kononnya mereka akan menerima akibat yang sama. Suspek membuat ugutan itu didepan polis.
Sumber: Harian Metro, Instagram Uqasha Senrose
from The Reporter https://ift.tt/f0LnwNu
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/IgzXuhC
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment