Seorang lelaki tergamak menikam isterinya sehingga mati di kediaman mereka di wilayah utara Mae Hong Sorn, Thailand, hanya kerana berang dengan mangsa yang meminta dia berjimat menggunakan air bagi menghadapi musim tengkujuh akan datang.
Polis dengan kerjasama penduduk kini sedang giat memburu suspek yang dikatakan telah melarikan diri ke dalam hutan, selepas membunuh isterinya.
Polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 10.30 pagi, lalu bergegas ke lokasi kejadian. Sebaik saja tiba, mereka menemui mayat mangsa, Seo Wu, 55, di luar pintu kediaman dengan beberapa kesan tikaman di bahagian paha kanan yang menyebabkan dia kehilangan banyak darah.
Suspek, Jingfei Saeliw, 56, sebelum itu bertengkar dengan isterinya mengenai di mana mangsa meminta dia berhenti menyiram tanaman kerana bimbang bekalan air tidak mencukupi pada musim kemarau akan datang.
Kata-kata mangsa menyebabkan dia berang lalu mengambil pisau dan menikam isterinya. Selepas mendapati mangsa sudah tidak bernyawa, suspek terus melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.
Polis kemudian mengeledah rumah pasangan itu dan menemui dadah yang dipercayai milik Jingfei. Polis bimbang suspek akan bertindak membunuh diri bagi mengelakkan dia didakwa di mahkamah.
Polis percaya, suspek akan ditahan tidak lama lagi berikutan lelaki itu tidak mempunyai wang dan makanan sejak hari kejadian.
Sumber: Thaiger
from The Reporter https://ift.tt/DSBjiGK
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/jSfJrTD
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment