Pelakon Datuk Aaron Aziz baru-baru ini mengesahkan dirinya tidak lagi terlibat dalam filem Original Gangster, arahan pengarah Syamsul Yusof.
Menurut Aaron, dia bukannya menarik diri, tetapi dibuang. Namun Aaron enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana tidak mahu membuka aib mana-mana pihak.
"Saya bukan tarik diri, tapi dibuang. Saya cuma boleh katakan saya tak terlibat dalam filem itu lagi. Saya nak jadi profesional, tak nak buka aib sesiapa.
"Saya bagi muka pada Datuk Yusof Haslam yang dianggap macam bapa saya. Siapa yang tahu, tahulah," katanya.
Sementara itu, pelakon Soffi Jikan mendedahkan sememangnya wujud konflik di antara Aaron dengan Syamsul. Dan kedua-duanya tidak pula bersemuka untuk menyelesaikan masalah.
"Apa saya boleh kata memang ada isu kedua-dua belah pihak, cuma ralatnya mereka tidak bersemuka untuk menyelesaikan masalah.
"Benda ini masih terpendam tapi kita harap semuanya berakhir dengan baik. Saya tak boleh komen lebih kerana tidak mahu masuk campur. Cuma saya harap Aaron dan Syamsul selesaikan isu yang timbul dengan berhemah," kata pelakon berusia 53 tahun itu.
Soffi mengakui dia bersama dengan barisan pelakon lain turut terkejut dengan perkara itu tetapi memilih untuk tidak mempertikaikan keputusan Syamsul.
"..mesti ada sebab kukuh tentang keputusan dibuang Syamsul dan penerbit. Kami juga tiada hak secara individu untuk berburuk sangka," katanya.
Sumber: Astro Gempak, mStar Online
from The Reporter https://ift.tt/fDr7lhP
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/ufSQct1
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment