loading...

Saturday, 25 March 2023

'Saya ni baru hendak mencari pendapatan sendiri' - Nurul Shuhada akui nervous terima surat tuntutan saman dari Athira Yuhada



Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada mengesahkan dia telah menerima surat tuntutan saman daripada Athira Yuhada, yang didakwa menjadi punca kemusnahan rumah tangganya, baru-baru ini. 


"Ya, saya ada menerima surat tuntutan saman daripada wanita itu. Saya sudah serahkan perkara ini kepada peguam untuk langkah seterusnya," katanya. 


Menurut Shuhada, Athira memfailkan tuntutan saman itu terhadapnya berhubung kenyataan yang ditulisnya di Instagram pada 15 Februari lalu. 


"Pihak ketiga menuntut daripada tulisan saya di Instgram pada 15 Februari 2023 berkaitan ucapan terima kasih kerana menghancurkan hati saya dan anak-anak. 


"Seharian semalam, susah hati jugalah untuk saya yang belum pernah ada pengalaman ke mahkamah. Nervous juga memikirkan jumlah tuntutan ganti rugi yang bakal dia tuntut. 


"Saya ni baru hendak mencari pendapatan sendiri. Saya cuba buat business, buat simpanan saya dan anak-anak. Waktu jadi suri rumah dulu, tak pernah menyangka perkara ini akan terjadi. Waktu dulu tak sedar bahawa penting ada simpanan. Patutnya perlu lebih bersedia, langit tak selalu cerah," katanya menerusi hantaran di Instagram dua jam yang lalu. 


Ibu kepada dua cahaya mata itu mengakui dia terasa seperti jatuh ditimpa tangga. Namun sedar bahawa dia perlu bangkit untuk berjuang dan tidak membiarkan dirinya dibuli atau dipijak. 


"Walaupun rasa seperti jatuh ditimpa tangga selepas proses penceraian, kes mahkamah syariah, kes keganasan rumah tangga dan yang ini pula. 


"Tak apa! Saya perlu bangkit, jangan kalah. Saya kena kuat dan ini perjuangan saya. Saya hendak bagi contoh pada anak-anak saya kena kuat berjuang, jangan biar dibuli dan dipijak-pijak. Biarlah satu ketika dulu saya silap, terlalu percaya," katanya. 



Sumber: Instagram Nurul Shuhada



from The Reporter https://ift.tt/ZHpiu2A
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/0BjbELJ
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...