loading...

Monday, 27 March 2023

Rantai emas bernilai RM3.7K milik lelaki ini hilang selepas dipeluk 'wanita jadian' di Bangkok



Seorang lelaki Singapura mengadu rantai emasnya bernilai RM3,700 hilang selepas dipeluk seorang transgender di Bangkok, Thailand. 


Menurut mangsa, dia menyangka pelukan itu hanyalah sekadar pelukan keramahan dari warga tempatan, rupa-rupanya suspek mengambil kesempatan untuk menyamun rantai emasnya. 


Mujur lelaki itu berjaya mendapatkan semula rantai emasnya dan segera membuat laporan polis terhadap suspek. 


Menurut kenyataan polis menerusi hantaran di Facebook Polis Lumphini, kejadian itu berlaku pada Rabu lalu, 8 Mac 2023, kira-kira jam 12.30 pagi waktu tempatan di sekitar Stesen Keretapi Asok, Bangkok. 


Mangsa dikenali sebagai Andy Koh Kuan Yong, 52, ketika itu sedang berjalan bersama rakan-rakannya di lokasi dan secara tiba-tiba suspek datang mendekati dan memeluknya. 


Dalam kesempatan itu, suspek membuka rantai emas itu dan kemudian segera melarikan diri.


Rakan mangsa yang merupakan warga tempatan menyedari kejadian itu segera mengejar suspek dan menangkapnya sebelum dibawa ke balai untuk tindakan lanjut. 


Polis mendedahkan, suspek bernama Kinkon itu berusia 36 tahun, tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan berasal dari Kemboja. 


Kinkon kini berdepan dengan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda RM13,000 jika disabitkan kesalahan. 


Sumber: Kompas



from The Reporter https://ift.tt/JHW7BGt
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/txg1h36
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...