loading...

Monday, 13 March 2023

(Video) 'Sebab orang macam kau la job kitorang makin kurang!' - Lelaki Singapura tak puas hati warga asing jadi Rider Food Panda



Tidak dapat dinafikan pekerja asing banyak mendominasi pekerjaan yang terdapat di dalam sesebuah negara. Atas faktor ingin menambahkan ekonomi keluarga, mereka sanggup melakukan pelbagai kerja seperti buruh binaan, pengawal keselamatan, pekerja pembersihan, penghantar makanan serta pelbagai lagi jenis pekerjaan lain. Namun, sikap mereka yang rajin bekerja itu juga seringkali disalah anggap dan dicemburui oleh pekerja tempatan.


Baru-baru ini, seorang lelaki di Singapura merakamkan perbualannya dengan seorang pekerja asing yang bekerja sebagai penghantar makanan, Food Panda, di negara itu. Dalam rakaman tersebut, pengadu memarahi pekerja asing itu kerana melakukan kerja sebagai penghantar makanan yang sepatutnya dilakukan oleh warga tempatan.


“Bagi saya resit tu. Jika tak, saya akan hubungi polis sekarang. Itu perkara mudah,” katanya.


Tetapi, pekerja asing itu menangis sambil menutup mukanya dan merayu pengadu tidak mengambil sebarang tindakan terhadapnya.


“Awak tak layak datang ke Singapura dan buat semua kerja ni. Kerja kami dah kurang disebabkan oleh orang macam awak. Awak tak perlu buat semua ni. Awak tahu perbuatan ini salah,” tegas lelaki itu lagi..


Selain itu, pengadu turut memaksa pekerja asing itu menunjukkan profilnya dalam aplikasi Food Panda, sambil menyatakan dia sudah empat tahun bekerja di kawasan Orchard. 



Bagaimanapun di media sosial, netizen tidak menyenangi cara pengadu melayani pekerja asing terbabit. 


“Aku tak boleh betul lah tengok orang kena tindas macam ni. Nak cerita pasal rezeki masing-masing pun tak guna, ini orang bukan faham pun. Geram pulak aku,” kata Hamka Wahid.


“I faham maksud dia cause it’s illegal, but no need to do this way, benda boleh settle tepi, buat bising teruk. Tak faham aku,” kata Moonlightikah.


“I don’t know what to say but mulut please jangan lancang sangat event though he is foreigner. He just want to looking a little of money for is table. Just be a tolerate person,” kata Zreeen.


Sumber: Twitter



from The Reporter https://ift.tt/AfuWTiw
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/pAoIhbz
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...