Menurut TikToker yang dikenali sebagai Lurvenia itu berkata, kejadian itu berlaku pada hari ulang tahun perkahwinan mereka yang sepatutnya disambut bersama. Malangnya, dia dengan matanya sendiri mencekup lelaki itu curang dengan wanita lain di sebuah restoran.
"Tiada apa yang hendak dikatakan lagi. Banyak kali bagi peluang, masih sama. Hari Anniversary sepatutnya disambut bersama, tapi dikhianati. Jangan tanya kenapa tak serang, tiada penyelesaian jika ikut hati," tulisnya.
Berdasarkan video, Lurvenia menghubungi dan bertanya di mana keberadaan suaminya dan lelaki itu menjawab, dia sedang menghadiri mesyuarat.
Suami: Saya tengah sibuk ni, ada meeting. Kenapa? Ada apa?
Lurvenia: Meeting kat mana?
Suami: Ehem! Ehem! Dekat mana-mana lah. Kenapa? Ada hal apa? Cakap jer.
Lurvenia: Saya call dari semalam tak jawab-jawab kan?
Suami: Awak dah tahu saya tak jawab tu, maknanya saya tengah sibuk.
Lurvenia: Saya call daripada semalam, sampai ke hari ini awak tak jawab-jawab.
Suami: Kalau saya tak jawab, maknanya saya sibuk. Faham? Apa benda lagi nak call? Ada urusan apa lagi?
Lurvenia: Tak ingat ke hari ini hari apa? Hari ini 16 haribulan.
Suami: 16 haribulan? Ehem! Ehem!
Lurvenia: Tak ingat ke?
Wanita tidak dikenali: Hello? Boleh tak jangan ganggu dia, dia busy.
@lurveniaofficial Tiada apa yg hendak dikata lagi, banyak kali bagi peluang masih sama….hari anniversary yg sepatotnya disambut bersama tapi dikhianati 🥹 jangan tanya kenapa tak serang, tiada penyelesaian jika ikot hati #fypã‚·゚viral #foryou #foryoupage #hatiyangkausakiti #curangitupilihanbukanpaksaan ♬ original sound - LURVENIA BEAUTY
Ramai netizen meluahkan rasa simpati dengan Lurvenia dan meminta dia bersabar dan menyelesaikan hal itu dengan cara yang baik.
"Stop la, please la move away daripada suami yang macam ni. Dia tak hargai puan. Dia dah tak mahu. Tolong puan, beri peluang hidup bahagia pada diri sendiri," kata Nourhidayu.
"Sakitnya hati saya tengok. Dah la sis, move on. Langkah ke depan, jangan patah balik. Tak ada dia, sis lebih bahagia. Tahu sayang tapi dia dah tak sayang," kata Farah.
Namun, ada juga netizen berasa curiga dengan video tersebut yang dirasakan seperti hanya konten untuk tujuan marketing. Ini berdasarkan kapsyen pada video turut disertakan tanda pagar FYP, viral, foryou, foryourpage dipercayai untuk menarik perhatian netizen.
Sumber: TikTok Lurvenia
from The Reporter https://ift.tt/GSdxs2w
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/RZfOkwS
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment