"Ini semua strategi nak menjatuhkan saya kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah pun hampir dan saya sudah mendapatkan pandangan peguam untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba memburukkan saya," demikian kata Exco Terengganu, Hanafiah Mat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai.
Terdahulu, warga media sosial kecoh dengan video Hanafiah yang didakwa mempersendakan Menu Rahmah di mana Hanafiah mempertikaikan kekurangan hidangan itu sebelum menuang air orennya untuk dijadikan sebagai kuah.
"Apa yang saya cuba sampaikan adalah saya makan nasi kena ada kuah. Jadi saya curah air oren ke dalam pinggan," jelasnya.
Hanafiah juga menafikan dakwaan yang mengatakan dia mempersendakan Menu Rahmah, apatah lagi dia langsung tidak menyebut Menu Rahmah pada video tersebut yang dirakam ketika sedang makan bersama rakannya di sebuah restoran di luar Terengganu.
"Saya tidak menyebut langsung pasal Menu Rahmah.
"Saya tidak berniat sedemikian dan sebagai wakil rakyat, denyut nadi rakyat terutamanya golongan miskin mengalir di dalam diri saya.
"Berkenaan video yang dikatakan sudah tiada di akaun TikTok, saya tak 'delete' pun, cuma hide sementara atas nasihat peguam," katanya.
Bagaimanapun, penafian Hanafiah itu menimbulkan tanda tanya netizen kerana kapsyen awal yang ditulis pada video tersebut adalah jelas dan terang menunjukkan terteranya 'Menu Rahmah'.
"Ini bukan menu RAHMAH, ini menu HANAFIAH"
Sebelum padam pic.twitter.com/eXZeGTKgvs
— CIKY🅰️NIE (@lady_bugg11) March 3, 2023
Kapsyen video itu turut menyertakan tanda pagar (Hashtag) #FYP yang bertujuan mengharapkan video tersebut muncul di setiap feed utama pengguna aplikasi berkenaan.
What's the point of being so rich and powerful if you can't trash the poor? pic.twitter.com/8VDZkdTzQc
— 𝙆𝙀𝙉 🪐 (@ruffleseed) March 3, 2023
Sumber: Harian Metro, Twitter
from The Reporter https://ift.tt/cjotJm0
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/iseGxDE
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment