Pelakon Fasha Sandha dikenali dengan sebagai seorang artis yang sangat berdisiplin. Walaupun sudah lama berkecimpung dalam dunia seni, dia tetap menunjukkan semangat dan komitednya dalam kerjaya.
Hari ini, peminatnya dikejutkan dengan satu berita yang menimpa Fasha Sandha. Beliau dikatakan telah mengalami kecederaan ketika sesi penggambaran dijalankan. Adik pelakon berkenaan juga telah memuat naik perkongsian tersebut di laman Instagramnya.
“Dari semalam telefon kakak tidak berhenti berdering. Di sini saya ingin membuat sedikit update tentang kakak. Maaf kakak sedang rehat secukupnya.
“Kakak mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika berlakon di set pengambaran Anak Tuan TV3 pada 1 Mac (pagi semalam). Mata dan kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam.
“Tulang mata kiri patah dan bebola mata kirinya berdarah dan bengkak dan sedang dirawat di Hospital Pakar di Johor Bharu.
“Insya-Allah akan berpindah ke Pakar Kuala Lumpur petang ini atau esok pagi. Mohon jasa baik peminat dan keluarga untuk mendoakan kesihatan kakak,” tulisnya.
Beberapa rakan artis dan peminat turut mendoakan kesembuhan Fasha Sandha agar sihat seperti sediakala.
Walau bagaimanapun, hantaran dari pelakon Fizz Fairuz mengenai isu ini, menarik perhatian netizen.
“Allahu, acting tak payah la beria sangat. Lakonan ada asasnya. Itu la dia bila masing-masing nak tunjuk hebat, inilah makanannya.
“Tapi malang tidak berbau, inilah nasib anak seni. KWSP, Socso, Perkeso tak ada. Seniman tak gerak pun dari dulu. Yang merana, artis. Kena tanggung sendiri kalau mampu, kalau tak mampu, mereput dalam rumah,” tulisnya.
Sementara itu, adik kepada Fasha, Elisya Sandha melalui Instagram story menyampaikan pesanan daripada kakaknya bahawa dia tidak menyalahkan mana-mana pihak di atas kejadian yang berlaku.
“Malang tidak berbau. Ini takdir Allah SWT. Minta semua untuk doakan kakak saya cepat sihat,” tulisnya.
Sumber: IG Fasha Sandha, IG Fizzfairuzofficial, IG Elisya Sandha
from The Reporter https://ift.tt/HTfJ8S5
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/hLFSIK6
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment