Sebelum ini, pelakon Aaron Aziz mendakwa namanya digugurkan oleh pengarah Syamsul Yusof dari membintangi filem Original Gangster, namun tidak mendedahkan puncanya.
Pelakon Soffi Jikan kemudian tampil mengesahkan berlaku perselisihan faham di antara Aaron dan Syamsul, tetapi enggan mengulas lanjut kerana menghormati keputusan tersebut.
Hari ini, Aaron mengatakan dia sedia berdamai dengan Syamsul tetapi dengan syarat suami kepada Puteri Sarah itu perlu datang bersemuka dan memohon maaf kepadanya.
"Saya sedia berdamai dengan Syamsul dengan syarat dia datang berjumpa saya dan minta maaf atas apa yang berlaku," katanya.
Jelas Aaron, dia memilih untuk menyelesaikan masalah itu tanpa mendedahkan puncanya kepada umum kerana tidak mahu mengaibkan pengarah muda berkenaan. Malangnya, hasratnya itu tidak kesampaian apabila Syamsul dikatakan menolak untuk berjumpa.
"Saya tidak mahu menceritakan masalah yang berlaku antara kami kerana tidak mahu membuka aib. Malah, saya mahu berjumpa dengannya untuk menyelesaikan masalah yang berlaku, tapi dia menolak," katanya memetik laporan dari Harian Metro, Isnin, 20 Mac 2023.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/LhygjkA
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/0mT91OE
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment