loading...

Saturday, 11 March 2023

(Video) 'Mampu beli kereta honda, tetapi tak mampu nak naik taraf rumah sendiri' - Wanita sindir jirannya di aplikasi TikTok



Seorang pengguna TikTok sengaja menyindir jirannya yang baru sahaja membeli sebuah kereta Honda sambil merakam keadaan rumah lelaki itu bagi menampakkan dia lebih mengutamakan kereta berbanding menaiktaraf kediamannya. 


TikToker @Anaayyy21 berkata, "Beli kereta mampu, tapi naik taraf rumah tak mampu". 


Dia juga berkata, jirannya itu terlalu memaksa diri untuk kelihatan seperti orang berada tetapi suasana rumahnya kelihatan sederhana di mana kediamannya itu diperbuat dari kayu biasa. 


@anaayyy21 Maksa amat 😒 #fypã‚·゚viral #carijodoh #corla ♬ Rungkad - M MAULANA SARIF
@anaayyy21 Membalas @GF⚡ dasar kampungan 😷 #fyp #viral #carijodoh #corla #fypã‚·゚viral ♬ Dj Aku Terpikat Dirimu - Ryan A WDF


Sindirannya itu mengundang kemarahan netizen yang kemudian bertindak mengecam @Anaayyy21. 


"Setiap orang mempunyai kepentingannya sendiri dan standard kebahagian setiap orang adalah berbeza. Kita tidak wajar menyamaratakan semua," kata Pepeling. 


"Inilah contoh situasi di mana kita yang membeli dapur gas baru, tetapi jiran pulak yang kepanasan," kata Bajul. 


"Yang penting dia mampu dan tak menyibuk hal jiran lain, masih mampu memiliki rumah untuk berlindung dari hujan dan panas, serta selalu bersyukur," kata Zhafi. 


"Mungkin dia mempertahankan rumah pusaka peninggalan keluarganya. Kayunya memang nampak dah lama tetapi masih kukuh," kata Cendol. 


@anaayyy21 Membalas @heRRyan Udah tau susah, anaknya banyak 🤣🤣 #fyp #fypã‚· #viral #corla #fypã‚·゚viral ♬ Dj Care Bebek Thailand Style (Remix) - MVC Project


Walau bagaimanapun, ada netizen berpendapat wanita itu sebenarnya membuat video mengenai keluarganya sendiri. Dakwaan-dakwaan dalam video itu semua hanyalah sekadar content untuk menarik perhatian netizen. 


Sumber: TikTok



from The Reporter https://ift.tt/oSm0CwG
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/BbrQy6c
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...