loading...

Friday, 24 March 2023

'Malam tu saya tidur di ruang tamu, masa inilah saya baru tahu rumah ini 'laluan benda' itu'



Salah satu rumah sewa yang saya duduk di kawasan Kuantan, Pahang, sangat misteri. Asalnya saya duduk berdua, tetapi akhirnya tinggal saya seorang sahaja. Saya duduk di bilik tengah. Faham-fahamlah kalau bilik etngah tu, panasnya tak payah ceritalah. 


Jadinya, saya tidur di ruang tamu. Masa inilah saya baru tahu yang rumah ini di laluan angin. 


Satu malam itu dalam pukul tiga pagi, saya pergi ke tandas. Tiba-tiba terdengar orang bertukang, di kawasan belakang rumah. Pergilah jenguk, tak ada orang. Jiran kiri dan kanan dah tidur (rumah teres). 


Dalam dua tiga langkah nak ke depan (ruang tamu), bunyi bertukang berulang lagi. Saya pergi jenguk sekali lagi, tiada apa-apa. Siap buka pintu belakang untuk tengok kalau ada yang sedang bertukang. Gelap gelita, semua dah tidur. 


Tiba-tiba, terdengar dari atas kepala saya bunyi orang sedang bertukang. Tak pandang atas, terus masuk ke rumah. Ambil air sembahyang, bacal tiga Qul dan ayat kursi, terus tidur. 


Ada satu malam itu, rasa panas sangat. Saya tidur di ruang tamu. Jadinya, saya buka pintu depan (rumah bergril), memang sejuklah. Angin dari belakang masuk dan keluar ke pintu depan. Di depan rumah ada padang bola dan selepas padang bola itu adalah paya tinggal. 


Malam itu semasa tengah tidur, terhidu bau wangi yang kuat. Saya buka mata dan nampak ada perempuan berjalan dari dapur menuju ke pintu depan. Saya pejamkan mata dan tiba-tiba terasa macam ada orang main kain atas badan saya. Ala, macam orang main-main bagi geli tu. Maaf, dari takut saya rasa seronok pula. Hahaha! 


Dua tiga malam juga. Tetapi 'benda' itu tak pernah nak bunyi mengilai ke apa, cuma bau wangi sahaja dan suka 'mengeletek' saya. 


Satu malam itu, bukan 'benda' itu yang datang, tetapi 'benda' lain. Rasa macam harimau tengah mencengkam badan. Tetapi tidaklah kuat, cengkamannya seperti kucing. Saya tahu 'benda' itu harimau sebab tapak kaki dia besar macam pinggan lauk tu. Sesekali ada terasa hembusan nafas di muka, siap merasa misai dia.


Ya, jangan haraplah saya nak buka mata! 


Apa pun, 'benda' itu tak kacau teruk-teruk. Saya tak perasan perubahan saya, tetapi arwah mak yang perasan. Mak kata, saya cepat marah dan bengis. Tak banyak bercakap dan adakalanya menderam semasa tidur. Yang saya pasti, mak nak bawa saya pergi ke Darussyifa Temerloh. Boleh-boleh tak nak pergi ni (selepas bertahun dah kena, baru tahu memang ada oragn yang kena macam ni dan sebolehnya tak nak pergi berubat). 


Arwah mak pergilah dan ustaz itu kata dia boleh merawat melalui ibu kandung. Jujurnya saya tak rasa apa-apa tetapi kawan di sekeliling tahu muka saya jadi bengis membuatkan orang takut nak berkawan dan rapat 


Masa ini kerja saya pun berterabur sampai kena potong gaji. Ustaz itu kata, 'benda' itu dan haiwan dia pelihara suka pada saya. Tak tahulahkenapa dia suka. 


Arwah mak tanya, 'Saka ke tu?'. Ustaz jawab, 'benda' itu memang duk lalu situ sejak dari dulu lagi. Tapi last-last jatuh cinta dengan saya. Giler! 


Masa mak cerita tu, rasa macam dengar cerita dongeng pula. Minumlah air ubat sebagai ikhtiar. Jujur saya cakap, saya suka 'benda' tu! Tetapi mengenangkan hidup saya huru-hara disebabkannya, saya pun bertanyalah pada pakcik-pakcik surau. Mereka suruh cari tahi bijih dan letak di rumah. 


Entah kenapa, Allah nak bantu dan ada seorang arwah pakcik ini pergi ke Lipis, teroka tanah dan terjumpa tahi bijih. Dia suruh saya pegang. Panas pijar kau! Bungkus dalam plastik da letak di ruang tamu. Alhamdulillah benda itu beransur-ansur hilang. 


Cuma kadang-kadang perasan, kalau saya masuk hutan ada yang mengikut sebelah kanan. Bau wangi itu, kadang-kadang ada walaupun dah berpindah ke daerah lain. 


Saya teringat kejadian ini berlaku pada tahun sama pesawat MH370 hilang. 


Sumber: Twitter



from The Reporter https://ift.tt/GbjlFAq
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/fwo6vEa
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...