loading...

Monday, 20 March 2023

'Saya masih sayangkan Diana, tanyalah Diana apa masalah dia' - Farid Kamil enggan lafazkan cerai kerana masih sayangkan keluarganya



"Saya masih sayangkan Diana," demikian kata pelakon Farid Kamil apabila ditanya wartawan Harian Metro menerusi aplikasi WhatsApp hari ini berhubung berita yang melaporkan Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadapnya awal Mac. 


Menurut Farid, 42, dia amat berharap masalah rumah tangganya dapat diselesaikan dengan cara baik dan disebabkan itu dia enggan melafazkan cerai terhadap Diana kerana masih sayangkan keluarganya itu. 


"Saya ingin selamatkan keluarga menerusi jalan pendamaian di mahkamah. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah. 


"Saya masih sayangkan Diana dan tentunya dua cahaya mata, Muhammad dan Aurora," katanya. 


Farid turut menafikan berlaku ketegangan dalam hubungan mereka yang membawa kepada Diana bertindak sedemikian.


"Sebenarnya, tiada apa pun yang berlaku. Sebagai suami, saya tiada masalah. Tanyalah Diana, apa masalah dia," katanya yang juga menjelaskan dia kini sedang sibuk di lokasi penggambaran untuk mencari nafkah. 


Terdahulu, media Utusan Malaysia melaporkan Diana telah memfailkan permohonan cerainya terhadap Farid awal bulan ini. Pada pagi tadi, permohonan cerai itu dibacakan di mahkamah dan Farid dilaporkan enggan melafazkan cerai. 


Hakim kemudian mengarahkan pasangan itu menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP). 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/Nj3gW0P
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/a4Bjsx2
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...