Isteri kepada pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kampung Telok Gong menyebabkan kematian seorang murid perempuan berusia 9 tahun, meluahkan rasa terkilannya dengan sikap orang awam yang membabi buta menyerang suaminya.
Menerusi hantaran di TikTok, dia menegaskan suaminya tidak bersalah dalam kejadian itu. Malah video dashcam dari saksi juga jelas menunjukkan penunggang motosikal terbabit keluar secara melulu.
"Kalau tak tahu jalan cerita, jangan nak hentam suami aku. Kecuaian pada diri sendiri. Hari ini kau pukul suami aku, esok lusa pasti kau akan menerima balasannya.
"Al-fatihah buat keluarga arwah. Sayangilah nyawa anda semua," tulisnya yang turut bersimpati dengan kejadian menimpa kanak-kanak itu.
Dalam masa sama, dia turut meminta orang ramai mendoakan suaminya pulih seperti sedia kala yang kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.
"Doakan semoga suami aku sihat. Dari Hospital Klang, terus transfer ke Hospital Ipoh. Terima kasih sahabat yang sanggup tunggu suami tuk bawa pulang. Terima kasih juga kepada semua yang berpihak pada suami saya. InshaAllah dengan izinNya aku akan pertahankan suami aku (dan bawa kes ini ke muka) pengadilan.
"Jangan ingat korang (suspek) boleh terlepas. Kau ingat suami aku tu kayu ke sampai pecah muka suami aku. Aku akan pastikan korang semua menerima balasannya!
"Dah terang-terang suami aku tak salah dan tanpa mendengar penjelasan daripada dia, korang terus pukul suami aku. Sudahlah kena pukul, dipecahkan pula cermin lori. Malah sempat lagi korang curi dashcam dan barang-barang dalam lori suami aku," tulisnya.
Menurut semakan netizen, empat individu yang terbabit dalam serangan membabi buta itu telah ditahan polis.
Sumber: Oh! Media
from The Reporter https://ift.tt/D5cbGI0
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/X06ycvC
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment