loading...

Wednesday, 15 March 2023

'Sedih, sedih juga tapi hidup perlu diteruskan' - Upload video menangis, Eina Azman akui penat sangat sampai teremosi



"Sedih, sedih juga, but life must go one. Ok, jom sambung kerja," demikian kata-kata pelakon Eina Azman menerusi hantaran di Instastorynya semalam, sedikit sebanyak meredakan 2.1 juta pengikutnya.


Sebelum ini, Eina Azman memuat naik video yang menunjukkan dirinya menangis tanpa diketahui punca air matanya berderai. Ditambah pula ibu kepada pasangan kembar itu berkongsi kata-kata berkaitan dengan seseorang itu tidak dihargai, membuatkan para pengikutnya berasa bimbang. 


Baca: 'Jangan cakap kes sama juga?' - Eina Azman upload video dirinya menangis, buat netizen berasa bimbang


Sehingga ada yang membuat spekulasinya sendiri kononnya rumah tangga Eina dilanda masalah. Namun ramai mendoakan agar spekulasi itu tidak benar kerana Eina sebelum ini sering memuat naik gambar/video kebahagiaan rumah tangganya di Instagram. 


Bagaimanapun, menerusi kenyataan yang dimuat naik oleh Eina di Instastory sembilan jam yang lalu, meredakan kerisauan pengikutnya. 


"How ever, life must go on. Sorrylah, semalam Eina emo sikit. Maybe sebab Eina banyak kerja, penat sangat. Jadi, teremosi lebih. But I'm getting better now. 


"Pasal share video masak dan testimoni bibik tu bukan sengaja Eina nak melambatkan post. Cuma Eina memang tak boleh nak fokus kerja, sebab memang ada yang mengganggu emosi Eina and Eina down. 


"After this, Eina akan post gambar bibik yang latest dan video masak macam biasa. Sebab dah ramai yang DM Eina, marah-marah cakap Eina ni macam sengaja main-mainkan perasaan diorang, pasal testimoni bibik tu semua. I'm sorry, harap semua faham," katanya. 




Sumber: Instagram Eina Azman

from The Reporter https://ift.tt/0UDdcRT
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/CnpdNTD
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...