loading...

Thursday, 30 March 2023

'Panggil budak tahfiz Quran, hidangkan perempuan berjoget-joget' - Netizen kritik penganjur majlis berbuka puasa



Baru-baru ini, pihak Universal Music Malaysia menganjurkan majlis berbuka puasa bersama pelajar Tahfiz Darul Syabab di Hotel Royal Kuala Lumpur. 


Dalam majlis itu, penganjur turut menjemput beberapa penyanyi yang bernaung di bawahnya seperti Dolla, Yonnyboii, Elizabeth Tan dan lain-lain untuk membuat persembahan. 



Bagaimanapun, tindakan penganjur dikritik oleh warga maya kerana 'menghidangkan' perempuan berjoget di hadapan pelajar-pelajar tahfiz. 


"Kalau Universal yang anjurkan, masih perlu perform juga ke depan budak tahfiz tu? I mean, boleh buat aktiviti lain juga kan selain perform? Hmm, kesian budak-budak ini. Bukan senang nak menjaga hafalan, nak hafal memang senang. Nak sentiasa ingat dan ulang bukan senang," kata Coco (@Bebel85).


"Panggil budak tahfiz Quran, hidangkan perempuan berjoget-joget sama seperti menghina Quran," kata Arman (@azuma51559118). 


"Memang sengaja ka apa organise majlis berbuka puasa macam ni? Ada bau-bau persenda jaa," kata @gojira33. 




Walaupun yang lain memberi kritikan pedas, tidak kurang juga yang mempertahankan pihak penganjur. 


"At least diorang pakai langsir tutup badan sampai leher," kata De Lipas (@havzichlori). 


"Okay lah lagu raya, baju soapn, dance pun tak melebih," kata Iqa (@nsyafiqa11)


Sumber: Twitter AE



from The Reporter https://ift.tt/ERJ2PYm
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/RCX3yTZ
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...