loading...

Sunday, 5 March 2023

Orang yang bergaji rendah berisiko meninggal lebih awal berbanding mereka yang bergaji tinggi - Kajian



Siapa sangka, jumlah pendapatan bulanan yang diperoleh boleh mempengaruhi hidup seseorang. Sebuah kajian yangg diterbitkan dalam jurnal perubatan JAMA mendapati bahawa pekerja yang mendapat gaji rendah lebih berisiko meninggal dunia lebih awal berbanding pekerja yang menerima gaji lebih tinggi. 


Kajian itu dilakukan oleh para penyelidik dari Mailman School of Public Health Universiti Columbia. Mereka meneliti matrik kesihatan seramai 4,000 pekerja yang melibatkan pekerja berusia 50 hingga 60 tahun di Amerika Syarikat dalam tempoh 12 tahun. 


Data yang digunakan dalam penyelidikan itu adalah data yang diperoleh daripada Kajian Kesihatan dan Pencen Unviersiti Michigan yang dikumpul antara tahun 1992 dan 2018. 


Hasil kajian mendapati, pekerja bergaji rendah yang menanggung keluarga seramai empat orang, 38 peratus daripadnya berisiko meninggal lebih cepat, jika dibandingkan dengan pekerja bergaji tinggi. 


Bahkan kajian itu turut menemukan bahawa, risiko kematian akan dua kali lebih tinggi bagi mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan memperoleh bayaran rendah. 


Golongan ini lebih cenderung mengalami stress dan tahap kesihatan mereka juga kurang baik. 


Pekerja dengan bayaran gaji rendah secara signifikan lebih kerap dilaporkan mengalami kesihatan yang buruk, mengalami gejala depresi dan tidak memiliki insurans kesihatan yang ditanggung oleh majikan. 


"Gaji adalah faktor risiko yang boleh diubah untuk meningkatkan kesihatan pekerja," tulis para penyelidik. 


Sumber: JAMA, CBS News



from The Reporter https://ift.tt/Wa6M903
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/wCNR1Um
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...