loading...

Saturday, 11 March 2023

Isteri minta tolong kawan BFF jagakan suaminya, sebelum mereka dicekup bermadu asmara di atas katil



Baru-baru ini di China, seorang wanita meminta bantuan daripada kawan baiknya untuk menjaga suaminya semasa dia keluar bekerja di luar kawasan. Namun begitu, BFFnya melakukan lebih daripada apa yang diminta.


Apabila dia pulang ke rumah, hatinya hancur tatkala melihat si suami sedang bermadu asmara dengan rakannya di atas katil.


Difahamkan, pasangan suami isteri itu mempunyai seorang anak dan lelaki berkenaan pula tidak mempunyai pendapatan tinggi dan lebih fokus menjana pendapatan sampingan dari pelaburan kecil.


Lapor portal CT Want, lelaki itu mengalami banyak kegagalan semasa membuat pelaburan tersebut, yang mendorongnya untuk fokus pada pekerjaan terkini yang tidak membawa pulangan yang banyak. 


Baru-baru ini juga, isterinya dipindahkan ke tempat kerja yang jauh dari rumah. Hal itu menimbulkan kebimbangan, tiada yang dapat menjaga suami dan anaknya. Lalu dia meminta bantuan daripada kawan baiknya itu yang berakhir dengan pengkhianatan.


Wanita itu bukan sahaja berani masuk ke bilik untuk bersama dengan suami orang, malah dia juga berani meminta anak tunggal pasangan itu memanggilnya 'ibu'. 


Lima tahun lalu, pasangan berkenaan mengupah pengasuh untuk menjaga anak mereka yang ketika itu baru dilahirkan. Mereka memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah yang digunakan sehingga ke hari ini.


Tergerak di hati si isteri untuk memantau keadaan rumahnya melalui CCTV dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati suaminya sedang 'mengerjakan' rakan baiknya di katil. Dia segera pulang ke rumah dan menerjah  pasangan curang itu, selain menuntut penjelasan mengenai apa yang telah berlaku.


Malangnya lelaki itu langsung tidak mempedulikan perasaan isterinya dan berkata, "Beri saya sedikit masa, saya akan bercerai dengan awak apabila pembahagian harta sudah selesai".


Anak tunggal mereka juga enggan memanggil wanita perosak rumah tangga keluarganya itu sebagai 'ibu'. Si isteri pula berkata, dia boleh memaafkan suaminya yang curang, tetapi dia tidak akan menyerahkan hak penjagaan anak kepada lelaki itu.


Sumber: World of Buzz, CT Want



from The Reporter https://ift.tt/9OWif08
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/HTYEfk1
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...