Berang suami tidak pulang ke rumah selama dua hari, seorang wanita bertindak menyerang madunya dan merosakkan kereta serta motosikal milik suaminya.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kejadian itu berlaku pada jam 2.15 petang Ahad dan suspek berusia 28 tahun didakwa telah menceroboh masuk ke kediaman madunya berusia 34 tahun.
Suspek berkata, suaminya tidak pulang ke rumah sejak dua hari lalu dan disebabkan itu dia yang tidak dapat mengawal kemarahan diri bertindak merosakkan motosikal dan memecahkan cermin hadapan serta belakang kereta milik suaminya menggunakan bakul berisi buah. Kereta jenis BMW milik pengadu juga turut menjadi mangsa.
Tindakan suspek mencetuskan perang mulut di antara mereka sebelum bertukar menjadi pergelutan sambil disaksikan sendiri oleh anak suspek berusia lapan tahun. Pergelutan itu mengakibatkan pengadu mengalami kecederaan di bahagian jari kanan.
Suspek yang masih tidak berpuas hati kemudian pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman untuk membuat laporan.
Siasatan awal polis mendapati, suspek datang ke rumah pengadu untuk mencari suaminya yang sudah dua hari tidak pulang ke rumah selama dua hari. Suspek yang dipercayai masih belum disahkan bercerai dengan suaminya melalui Mahkamah Syariah ada bertanya kepada pengadu sama ada dia mengetahui suaminya telah berkahwin dengan adik suspek.
Bertindak di atas laporan itu, suspek telah ditahan polis untuk siasatan lanjut.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/02ZUxK8
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/WGKkNVs
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment