Semalam, pelakon yang didakwa menumbuk isterinya sehingga menerima 10 jahitan di bahagian pipi kiri telah ditahan polis.
Pelakon berusia 29 tahun itu ditahan pada jam 12 tengah hari dan telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai diambil keterangan pada hari yang sama.
Polis juga akan mendapatkan perintah mahkamah sementara untuk menghalang pelakon itu daripada mengulangi perbuatan yang sama dan mendekati mangsa.
Sementara itu dalam temubual bersama Melodi TV3 hari ini, Nurul Shuhada Mat Shukri mengakui 10 jahitan yang diterimanya itu jauh lebih sakit daripada melahirkan anak.
Mengulas lanjut mengenai kejadian itu Nurul Shuhada berkata, apa yang dilakukan oleh Hafidz Roshdi adalah petunjuk daripada Tuhan agar dia meneruskan perpisahan itu supaya dia dan dua anaknya dapat membina kehidupan baharu.
Melodi: Apa sebenarnya yang berlaku?
Nurul Shuhada: Saya dah serahkan segala-galanya kepada pihak polis. Jadi buat masa ini memang polis yang handle semuanya. Saya percaya pihak polis akan selesaikan semua benda ini dengan adil dan saksama. Selepas habis siasatan, kita akan tahulah (keputusannya).
Mungkin ini (kecederaan di muka) peringatan untuk saya, hadiah harijadi saya yang ke-29. Saya terima lebih daripada 10 jahitan, kedalaman luka 0.3 mm. Jahitan luka ini lebih sakit daripada jahitan beranak. Sakit sangat-sangat. Nasib baik tak kena dekat mata, nanti buta sebelah mata pula lagilah susah.
Melodi: Ketika muka berlumuran darah, ada tak Hafidz dengan serta-merta nak cuba lap muka?
Nurul Shuhada: Tak boleh nak describe macam mana.
Melodi: Adakah Hafidz sudah meminta maaf?
Nurul Shuhada: Susah nak cakap, kita tak tahu keikhlasan orang macam mana. Dah minta maaf ke, tetapi sebenarnya lakukan lagi perkara sama. Hanya Allah yang tahu.
Melodi: Hafidz Roshdi naik hantu sampai ke tahap itu, pernah kena pukul lagi teruk ke daripada kes yang ini, membuatkan Nurul Shuhada tidak menoleh ke belakang?
Nurul Shuhada: Rasanya dia lebih tahu. Saya tak boleh nak komen sangat, benda dah lepas dan harap kejadian ini akan menjadi iktibar buat semua.
Melodi: Punca Nurul Shuhada ditumbuk, adakah berkaitan dengan orang ketiga?
Nurul Shuhada: Saya dah serahkan segala bukti-bukti kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan. Kalau betul pihak ketiga tidak bersalah, dia tidak perlu takut. Apa yang pasti, saya memang berada di pihak yang benar.
Melodi: Nurul Shuhada bukan seorang yang mulut lahar bila berlakunya pergaduhan itu. Mereka (netizen) terus jatuh hukum (mengatakan) mulut perempuan sebenarnya yang lancang. Takkan Nurul Shuhada yang membuat provokasi?
Nurul Shuhada: Tujuh tahun dah berkahwin dengan Hafidz, saya dah tahu macam mana perangai dia, macam mana nak handle dia. Daripada pengalaman yang lepas, apa yang berlaku ini kalau saya yang mengeluarkan kata-kata provokasi terhadap dia, memang saya bodohlah. Pihak di luar sana (netizen) mereka tak tahu saya macam mana. Saya dengan Hafidz masih bercakap dengan baik, malah dengan pihak ketiga pun saya tak menjatuhkan maruah saya dengan pergi menarik-narik rambut.
Selama ini pun saya telah ditindas, cukuplah saya bagi muka dan bersangka baik. Saya akan cuba mempertahankan demi kelangsungan hidup kami anak beranak.
Anak-anak memang saya tak beritahu apa-apa lagi, saya tak nak memburukkan ayah mereka. Anak-anak perlukan ayah mereka dan saya takkan putuskan hubungan mereka. Anak-anak saya pun hormat pada Hafidz, saya takkan ceritakan (kes ini) kepada anak-anak.
Melodi: Adakah Nurul Shuhada akan saman orang ketiga itu?
Nurul Shuhada: Saya sudah berbincang dengan semua pihak, selama ini memang saya dah bagi muka. Tetapi cukup-cukuplah. Saya akan cari keadilan untuk saya dan anak-anak menggunakan cara yang betul. Kita akan pandang ke hadapan macam mana, siapa yang betul.
Melodi: Nurul Shuhada masih lagi memaafkan dan tidak melupakan?
Nurul Shuhada: Yang tahu tentang perkara ini hanyalah saya, Allah, dia (Hafidz) dan si dia (Athira Yuhada). Perkara ini takkan berlaku kalau Allah tak izinkan. Pasal si dia dengan si dia nak melakukan apa, itu antara mereka dengan Allah. Sekarang saya nak move on dan cari rezeki untuk survive bersama anak-anak.
Makilah macam mana pun, siapa yang kenal saya memang tahu saya bukan jenis yang mahu mencari publisiti, perhatian ke apa.
Melodi: Kebetulan saya ada dapat maklumat **** scanning nama ***** berlaku tahun lepas di satu klinik. Result menunjukkan beliau *****. Nurul Shuhada tahu ke pasal ni?
Nurul Shuhada: Mana dapat ni.....? Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala suatu perkara si dia dengan si dia. Itu saja yang saya boleh katakan.
Melodi: Kalau ditakdirkan Hafidz berkahwin, apa yang Nurul Shuhada nak katakan?
Nurul Shuhada: Kalau betul Hafidz dan Athira berkahwin, saya mengucapkan selamat pengantin baharu. Hiduplah dengan bahagia dan tentang dengan dirahmati Allah. Semoga perkahwinan kamu berdua kekal sampai ke jannah.
Melodi: Masa itu Nurul Shuhada dah rasa ini yang terakhir atau masih nak memberi peluang?
Nurul Shuhada: Apa yang terjadi ini, Allah nak tunjuk.. saya kena buat keputusan yang saya tak boleh menoleh ke belakang lagi. Saya kena move on, jalan bersama-sama dengan anak ke depan, berjaya sama-sama, cukup. Berat macam mana pun, saya kena terima.
Sumber: Harian Metro, Melodi TV3
from The Reporter https://ift.tt/ENQXvo4
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/Bq8SXe1
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment