Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor memeriksa dan merampas bahan mentah berupa daging ayam, di sebuah restoran terkenal di Subang Jaya semalam, susulan tular sebuah video mendakwa mi kari yang dijual premis itu mengandungi daging babi.
Pengarah KPDNHEP Selangor Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, pemeriksaan dijalankan lima anggota penguat kuasa itu, bagaimanapun mendapati restoran berkenaan mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang sah sehingga 30 Nov ini.
“Menurut pengurus restoran itu, beliau mempunyai tiga pekerja warga Myanmar yang bertugas sebagai tukang masak.
“Pemeriksaan lanjut ke bahagian dapur restoran menemukan bahan mentah yang digunakan untuk menyediakan menu mi kari kepada pelanggan. Bahan mentah utama iaitu daging disyaki daging ayam disita, bagi tujuan ujian makmal dan keterangan oleh pakar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Muhamad Zikril Azan, turut disita semasa pemeriksaan itu adalah Sijil Halal JAKIM dan dokumen penghantaran bahan mentah oleh pembekal.
Katanya, pengurus premis memaklumkan bekalan bahan mentah dipesan oleh pihak ibu pejabat syarikat restoran terbabit.
Muhamad Zikril Azan berkata kes disiasat di bawah kesalahan Perintah 3(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan jika disabitkan dengan kesalahan, boleh didenda seperti di bawah Perintah 5 Perintah Perihal Dagangan 2011.
Tambah beliau lagi, KPDNHEP Selangor akan terus memantau serta memeriksa bagi memastikan mana-mana pemegang sijil halal JAKIM sentiasa mematuhi peraturan selain menekankan aspek kesucian dan kebersihan bagi menjamin kemaslahatan pengguna Muslim di negara ini.
Berdasarkan video berdurasi 41 saat itu, lelaki berkenaan memaklumkan mi kari itu dibeli oleh rakan untuk dia. Sebaik saja membuka bungkusan makanan itu, dia dengan yakin mendapati ada beberapa ketul daging babi di dalam hidangan tersebut lalu membuat rakaman video untuk disebarkan.
"Kita tuan-tuan orang Melayu kalau boleh jangan makan ****** punya mi kari. ****** punya mi kari kan, dia bubuh babi tau. Ada babi lima enam ketui dia bubuh ni. Daging babi, tengok. Yang merah-merah ni tuan-tuan, ini daging babi tuan-tuan. Jangan makan.
"****** punya minta tolong, orang Melayu jangan makan. Haa, kawan saya beli untuk saya, saya dah terkena. Nasib baik saya tengok, tengok-tengok ada daging babi sini," kata lelaki itu.
Kedengaran suara seorang wanita yang meminta dia menyelak daging itu.
"Selak sikit. Selak.."
Lelaki itu kemudian berkata, "Apa tak sahihnya? Tengok daging tu!" katanya dengan meninggikan suara.
Bagaimanapun di media sosial, netizen tidak percaya dengan dakwaan tersebut dan berpendapat daging yang didakwa babi itu adalah daging ayam 'smoke BBQ chicken'.
"Yeke babi? Nanti jadi macam kes awek Mekdi. Sikit-sikit nak viral, pastu salah dia juga yang memandai tuduh-tuduh. Orang siasatlah dulu," kata netizen.
"Lorr.. macam bakal kena saman pakcik ni. Kedai dah kena serbu, jumpa daging ayam je. Mana datang babi. Letak sendiri ke?" tambah netizen lain.
Sumber: Bernama, YouTube Info Viral Dunia
from The Reporter https://ift.tt/3kxlLnY
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3lvEFNx
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment