Netizen di media sosial kecoh dengan tindakan pelakon Shahiezy Sam menggantung peranti rokok elektronik (Vape) di lehernya ketika menjadi penyampai anugerah dalam program Anugerah Bintang Popular (ABPBH) ke-33 yang dianggap sebagai mempromosikan vape secara terang-terangan di kaca televisyen.
Perkara itu disedari oleh pengendali Facebook Public Health Malaysia yang kemudian membuat teguran secara terbuka di Facebook.
"Sedih sangat melihat budaya buruk dipromosikan sebegini. Bukan tak ada ahli produksi yang boleh menyaring penampilan selebriti sebelum live di kaca tv.
"Usah sembang mengenai pematuhan SOP, jika promosi vape sebegini pun boleh lepas dalam tayangan siaran langsung di TV."
Ramai netizen yang bersetuju dengan teguran itu kerana program itu bukan sahaja ditonton oleh golongan dewasa, malah kanak-kanak juga di mana perkara seperti itu tidak sepatutnya didedahkan.
Shahiezy Sam bagaimanapun tampil menjelaskan dia sebenarnya terlupa mengenai perkara itu kerana kelam kabut.
"Terlupa sebab kelam-kabut. Memang sejak dahulu lagi, saya ke hulu ke hilir bawa banyak vape sebab bateri cepat habis," katanya memetik laporan dari Kosmo Online.
Tidak cukup dengan itu, Shahiezy Sam juga membuat permohonan maaf melalui akaun Instagramnya.
"Assalamualaikum. Saya sedar ramai yang bising di sosial media tentang apa yang jadi di ABPBH semalam. Jadi saya nak minta ampun maaf terutama sekali kepada ABPBH, TV3 di atas kecuaian dan kelalaian diri saya.
"Tak ada orang lain salah dah, memang saya yang salah. Terus terang saya cakap, dalam keadaan yang sangat nervous malam tadi di backstage yang lengang, yang tak ada orang, saya hanya memfokuskan untuk membuat yang terbaik untuk program ABPBH dan sampai saya terlupa apa yang ada pada diri saya.
"Tiada niat nak mempromosikan. Semuanya atas kecuaian dan kelalaian saya. Saya minta ampun sangat-sangat. Apa yang tergantung adalah keperluan diri saya yang telah digantung di leher dah lebih setahun. Ini memang kegunaan diri saya sendiri.
"Saya meminta maaf dan insyaAllah perkara ini tidak berulang lagi," katanya.
Sumber: Public Health Malaysia, Instagram Shahiezy Sam
from The Reporter https://ift.tt/3kDMhfP
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2JXbvZF
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment