loading...

Thursday, 27 September 2018

Dua remaja perempuan dirogol 9 suspek secara bergilir-gilir


Dua remaja perempuan termasuk seorang pelajar sekolah berusia 13 tahun dirogol secara bergilir-gilir oleh sembilan remaja lelaki berusia 15 hingga 17 tahun dalam tiga kejadian di Taiping, baru-baru ini. 

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, sembilan suspek terbabit telah ditahan selepas salah seorang mangsa tampil membuat laporan polis, semalam. 

"Bertindak atas laporan dibuat pelajar itu, seramai sembilan suspek berusia antara 15 tahun hingga 17 tahun ditahan sehingga pagi tadi bagi membantu siasatan. 

"Kami kini mengesan dua lagi suspek dikenali sebagai Hadi dan Boya, yang dikatakan turut terbabit dalam kes rogol itu," katanya. 

Berdasarkan laporan mangsa, kes pertama berlaku pada jam 11 pagi pada 18 September lalu apabila mangsa dan rakannya pergi ke Taman Tasik Taiping sebelum mereka dibawa ke rumah seorang lelaki yang dikenali sebagai Deng, di Kampung Kurnia Jaya, Kamunting. 

Sebaik saja tiba di rumah Deng, kedua-dua mangsa terkejut apabila melihat remaja lelaki dikenali sebagai Paan berada di dalam rumah itu. Mangsa mendakwa, mereka ditarik dan dicium sebelum dirogol tiga suspek. 

Pada hari berikutnya sekitar jam 8 pagi, ketika mangsa dan rakannya di Kampung Pak Dollah, mangsa diambil oleh Paan dan seorang lagi rakannya yang tidak dikenali, pergi ke rumah Deng. 

Semasa berada di rumah Deng, kedua-dua mangsa sekali lagi dirogol secara bergilir-gilir oleh lapan lagi remaja lelaki termasuk Paan dan yang lain-lain dikenali sebagai Apiz, Razin, Shahrul, Acap, Boya, Yunus dan seorang lagi yang tidak dikenali. 

Mangsa juga mendakwa, kejadian yang menimpa mereka itu turut dirakam oleh salah seorang suspek. 

Dalam kes ketiga, mangsa dan rakannya berada di Kampung Pak Dollah dijemput oleh Paan dan lelaki yang dikenali sebagai Misyal ke rumah Kemal di Taman Tekah Permai, Aulong dan turut dirogol bergilir-gilir oleh tiga suspek. 

"Pada 8.30 pagi semalam selepas dinasihatkan guru, mangsa dan ibu bapanya membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Empat daripada sembilan suspek yang ditahan masih bersekolah. 

"Semakan mendapati, tiga daripada suspek masing-masing mempunyai rekod lampau iaitu Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu kes di Batang Kali, Selangor, yang masih dalam perbicaraan mahkamah, Akta 8 Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak di Taiping dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya. 

Kesemua suspek direman sehingga Selasa ini. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2IkE0vs
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2N6c8vZ
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...