Peningkatan kes Wabak Koronovirus di dalam negara memberikan kesan yang cukup hebat. Peningkatan kes tersebut juga membuatkan pihak kerajaan mengambil langkah menutup kesemua institusi pendidikan. Institusi keagamaan pula seperti masjid, jemaah perlu mengikut segala SOP yang telah ditetapkan terutama sekali dalam penjarakan sosial ketika menunaikan solat.
Namun begitu, baru-baru ini tular satu video yang dimuat naik oleh seorang bekas selebriti yang menyatakan, dia bersama beberapa jemaah lain masih merapatkan saf dan masih lagi merasa nikmat tersebut. Kenyataan dari bekas selebriti tersebut mengundang kemarahan netizen dan telah menarik perhatian selebriti yang lain seperti pengacara MHI, Ahmad Fedtri Yahya.
Inilah punca orang takut dengan golongan tabligh. Abah aku tabligh jugak, siap dah bawak jemaah pergi India, Bangladesh & Pakistan. Takde pun abah aku bangkang solat jarak. Dia siap marah siapa solat rapat kat masjid. Jangan cemarkan nama tabligh, haritu dah cukup tercemar. https://t.co/6u1D5ufGZI
— FADHULLAH (@haziq_fadhullah) November 18, 2020
Melalui komen status di Instagram tersebut juga, ada seorang netizen meminta perkara itu tidak dilakukan lagi dan turut berkongsi mengenai bapanya merupakan salah seorang barisan hadapan yang telah berpenat lelah selama ini.
Di Twitter, seorang pemuda pula berkongsikan kisah bapanya yang merupakan seorang tabligh, tidak pernah membangkang isu penjarakan di dalam solat, malah bapanya juga melarang sesiapa yang merapatkan saf ketika solat.
“Inilah punca orang takut dengan golongan tabligh. Abah aku tabligh jugak, siap dah bawak jemaah pergi India, Bangladesh dan Pakistan. Takde pun abah aku bangkang solat jarak. Dia siap marah siapa solat rapat kat masjid. Jangan cemarkan nama tabligh, haritu dah cukup tercemar.”
Beberapa bulan lalu, jemaah tabligh sudah terpalit dengan beberapa tohmahan dan bapanya salah seorang daripada jemaah tersebut yang telah difitnah. Kata pemuda ini, jemaah tabligh seharusnya menunjukkan contoh yang baik sebagai penerus usaha Nabi yang menyebarkan dakwah.
“Abah, salah seorang kluster tabligh yang pernah dikecam teruk dulu dan abah pernah difitnah, dituduh melarikan diri dari pusat kuarantin. Tolong semua, sesiapa terlibat dalam jemaah tabligh, jangan cemarkan nama jemaah. Kalian penerus usaha nabi, lakukan sebaiknya. Jangan sombong.”
Abah, salah seorang kluster tabligh yg pernah dikecam teruk dulu & abah pernah difitnah dituduh melarikan diri dari pusat kuarantin. Tolong semua, sesiapa terlibat dalam jemaah tabligh, jangan cemarkan nama jemaah. Kalian penerus usaha nabi, lakukan sebaiknya. Jangan sombong. pic.twitter.com/A6Vun0DyTY
— FADHULLAH (@haziq_fadhullah) November 18, 2020
Selain daripada itu, netizen juga berkongsikan video penjelasan oleh PU Azman mengenai SOP tersebut.
“Sekarang ni kita ikut SOP. SOP ciptaan siapa? Pihak kerajaan. Pihak kerajaan yang melaksanakan amanahnya untuk menjaga rakyat apabila berlakunya sesuatu musibah.
“Adakah kerajaan mintak COVID ni turun? Tak. Adakah pihak kerajaan panggil Corona turun? Tak. Tapi sekarang ni kita berusaha untuk menghadapi Corona sebaik mungkin dan kalau itu termasuk dalam perangkap yang dirancang oleh Yahudi apa masalah dekat situ? Yahudi ada perancangan, Tuhan ada perancangan. Perancangan Allah lebih hebat dari Yahudi.
“So jangan buat orang gelabah. Jangan buat orang Islam berasa bersalah dengan SOP yang ada.”
@PUAzmanOfficial dh lma pesan . pic.twitter.com/X1bMGpUAc9
— ikut_suk@jaa🇲🇾 (@AbgBerjambang) November 17, 2020
Turut dikongsikan kata-kata oleh Sheikh Prof Dr Ali Jum’ah iaitu Mantan Mufti Mesir.
“Para ulama berkata tentang adanya orang-orang soleh yang berhimpun dan berdoa, tetapi doa mereka tidak dimakbulkan. Mengapa? Kerana mereka menyalahi Sunatullah.
“Para ulama menyeru kita supaya kekal berada di rumah sebagaimana yang dikatakan oleh Sheikh Abdul Ghani Al-Nabulsi bahawa perhimpunan walaupun untuk solat dan berdoa (ketika dilanda wabak) adalah sifat orang jahil.
“Imam Ibnu Hajar juga berkata mereka menyalahi Sunnah (secara zahir bercakap kerana agama dan emosi tetapi hakikatnya mereka telah menyalahi Sunnah Rasullah SAW) dimana baginda SAW menyeru supaya kita beruzlah dan tidak berhimpun apabila perhimpunan itu mengakibatkan penyebaran wabak. Sama ada perhimpunan bertujuan untuk mendirikan Solat Berjemaah, Solat Fardhu Jumaat, Umrah atau Haji.”
Sumber: Haziq Fadlullah, Fedtri Yahya
from The Reporter https://ift.tt/3pEhMtJ
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3fcZta1
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment