loading...

Saturday, 21 November 2020

(Video) Anjing kejar kereta pemiliknya setelah sedar dirinya dibuang


Anjing dikenali sebagai haiwan yang mempunyai kesetiaan yang amat tinggi pada tuannya, selain kebijakannya yang membuatkan ramai orang membelanya sebagai haiwan peliharaan, selain kucing. 


Baru-baru ini, viral di media sosial kisah seekor anjing yang dibuang oleh pemiliknya di tengah jalan. Wanita yang memandu kereta jenis utiliti sukan (SUV) berhenti di tengah jalan dan mengeluarkan anjing itu sebelum memecut dari lokasi kejadian. 


Tetapi anjing itu enggan mengalah, haiwan itu mengejar kereta pemiliknya sepenuh hati dan akhirnya dia ditinggalkan begitu sahaja tanpa sebarang perasaan belas kasihan. 


Menurut portal Zoorprendente, kejadian itu berlaku di Springfield, Missouri, Amerika Syarikat. Bersimpati dengan nasib anjing itu, pasangan Glenn dan Beverly Blake tampil membuat laporan polis. 


Difahamkan insiden itu disedari oleh pasangan bersara berkenaan setelah mereka secara tidak sengaja melihat perbuatan wanita itu di video rakaman kamera litar tertutup (CCTV). 


Video itu kemudian dimuat naik ke media sosial dan mereka meminta bantuan dari ahli komuniti untuk mengesan pemilik anjing itu. Tidak lama selepas itu, polis mula menyiasat kes tersebut dan anjing malang itu telah diserahkan kepada sebuah badan pelindungan haiwan, Rescue One. 



Siasatan awal mendapati, anjing itu diberi nama Honey dan pemiliknya adalah Ashley Nicole Devine yang berusia 26 tahun. Ketika ditemui, anjing itu mengalami dehidrasi dan kakinya juga melecet kerana berlari di jalan raya yang panas. 


Anjing itu kemudian diberi nama baru iaitu Hope, dan ditempatkan bersama anjing-anjing yang lain. Hope banyak menghabiskan masa bermain dengan yang lain. 


Ashley pula telah ditangkap dan didakwa kerana menganiaya haiwan. 



Sumber: Zoorprendente



from The Reporter https://ift.tt/392Zk8n
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/334bARX
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...