Apabila sudah letih dengan segala permasalahan di dunia, ada sesetengah orang yang memilih untuk mengakhiri kehidupannya. Mereka nekad membunuh diri agar tidak lagi mengalami stress dan depresi di dunia. Salah satunya dengan cara membunuh diri seperti melompat dari jambatan.
Seperti yang berlaku di Indonesia baru-baru ini, seorang wanita dipercayai mahu membunuh diri dengan melompat dari jambatan. Tetapi niatnya itu terbantut di saat-saat akhir. Hasilnya, wanita berkenaan tergantung di tepi jambatan dan menjerit meminta tolong dari penduduk agar segera menyelamatkannya.
"Jangan lompak kak! Jangan lompat. Pegang!" kata orang awam yang cuba memujuknya, tanpa mengetahui wanita itu sebenarnya tidak jadi terjun.
"Tangan aku dah tak kuat, cepatlah tolong!" jerit wanita itu kepada orang awam yang melintas berhampiran.
Apabila mengetahui wanita itu tidak jadi terjun, mereka terus bergegas membantunya. Sekumpulan orang awam bekerjasama membantu menarik wanita itu dari tepi jambatan.
"Kau dah kenapa?!" soal orang awam yang hairan dengan perbuatannya itu.
Sementara itu di media sosial, netizen juga menyindir wanita berkenaan yang menyusahkan orang.
"Nak terjun, tapi menjerit minta tolong diselamatkan. Buat hal betul, nak bunuh diri tapi takut mati," kata Yuni Rusmini yang memuat naik video itu di akaun Facebooknya.
"Kalau jatuh ke air, insyaAllah takkan mati," kata Bayusan.
"Kak, fikir panjang sebelum melakukan sesuatu," kata Herlina.
Sumber: Indo News
from The Reporter https://ift.tt/367meJX
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3pUQtvv
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment