loading...

Saturday 14 November 2020

Premis Oldtown Whitecoffee adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia - JAKIM


Susulan viralnya tuduhan hidang daging babi dalam mi kari, pihak restoran Oldtown White Coffee Malaysia telah tampil menafikan dan memberi penjelasan berhubung tuduhan tersebut. 


Menurut kenyataan ringkas yang dimuat naik di laman Facebook jenama itu pada 12 November berkata, pihaknya menafikan dakwaan itu dan menegaskan semua cawangannya mempunyai sijil halal sejak 2010. 


Baca laporan berkaitan: '******* punya mi kari kan, dia bubuh babi tau' - Restoran popular didakwa hidang mi kari babi, KPDNHEP serbu & sita bahan mentah untuk siasatan


"Oldtown White Coffee menolak semua khabar angin atau dakwaan bahawa produk-produk kami mengandungi bahan babi. Kami juga ingin menekankan bahawa semua cawangan Oldtown White Cofee di Malaysia memegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia sejak tahun 2010. 


"Kami menggesa dan memohon bantuan para netizen supaya menghentikan penyebaran sebarang maklumat palsu. Terima kasih," kata kenyataan itu yang juga meminta pengguna merujuk kenyataan dari pihak JAKIM berhubung perkara berkenaan.



Turut disertakan dua keping kenyataan pemeriksaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor di dua cawangan restoran tersebut di Jalan Medan Niaga 2 dan Metropoint Kajang.


Oldtown White Coffee Medan Niaga 2


"...pemeriksaan mendapati premis mempunyai lesen halal daripada pihak JAKIM. Pemeriksaan juga mendapati bahan makanan dalam mee kari yang dicampur adalah Ayam BBQ, taugeh, tau fu dan telur sayam. Ayam BBQ yang digunakan mempunyai logo Halal Malaysia. 


"Premis juga tiada bahan makanan yang tidak halal untuk masakan. Premis mempunyai SOP yang dikeluarkan untuk mee kari yang dijual. 




Oldtown White Coffee Metropoint


"Pihak premis tidak menggunakan produk daging. Pihak premis hanya menggunakan produk ayam. Sijil halal premis masih dalam tempoh sah sehingga 15 Febuari 2022. 




Sementara itu, Bahagian Hab Halal, JAKIM, juga mengesahkan Oldtown White Coffee adalah pemegang  Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah. 


"Perlu difahami bahawa premis makanan yang memiliki SPHM bermaksud seluruh rantaian halalnya telah disemak dan disahkan oleh pihak berautoriti.


"KPDNHEP juga telah mengunjungi cawangan Oldtown White Coffee berkenaan  untuk menjalankan siasatan lanjut dan mengesahkan bahawa dakwaan yang tular melalui video berkenaan adalah tidak benar. 



"Masyarakat dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu berita atau mesej tular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak autoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah, salah faham sesama ummah dan menjejaskan keharmonian negara," kata kenyataan itu. 


Sumber: Facebook Oldtown White Coffee, Facebook Bahagian Hab Halal JAKIM



from The Reporter https://ift.tt/2IBSziE
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/35x5J9H
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...