loading...

Thursday, 19 November 2020

Majikan dipenjara kerana dera pembantu rumah sehingga terpaksa lari dengan menuruni bangunan 15 tingkat dari balkoni


Mahkamah di Singapura menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan 2 minggu terhadap seorang wanita berusia 31 tahun kerana didapati bersalah mendera pembantu rumahnya berulang kali. 


Hakim Daerah Ronald Gwee berkata, perbuatan tertuduh, Nuur Audadi Yusoff, mendengar pembantu rumah warga Indonesia, Cik Sulis Setyowati, 24, sebagai perbuatan yang kejam dan tidak dapat diterima. 


September lalu, Nuur yang merupakan pekerja syarikat telekomunikasi di negara itu, Singtel, mengaku bersalah di atas enam pertuduhan menggasari mangsa dan sembilan pertuduhan yang serupa.


Mahkamah diberitahu, mangsa terpaksa melarikan dari daripada terus diseksa wanita itu dengan mengambil risiko dengan menuruni rumah majikannya di tingkat 15 melalui balkoni. 


Beberapa hari sebelum hukuman dijatuhkan, Nuur dilaporkan telah membayar pampasan kepada Cik Sulis sebanyak S$7,000 (RM21,305).


Difahamkan, Cik Sulis mula bekerja dengan keluarga Nuur pada Disember 2017. Sebulan kemudian, Cik Sulis disepak dan diludah sebanyak dua kali hanya kerana anak kecilnya menangis membuatkan dia terjaga dari tidur ekoran Cik Sulis terlupa menyapu minyak ke perut kanak-kanak berkenaan. 


Pada Februari 2018, Nuur juga bertindak mengheret mangsa dengan rambutnya. Insiden itu membuatkan Cik Sulis meminta untuk ditukarkan ke majikan lain, tetapi Nuur enggan berbuat demikian dan berjanji tidak akan memukulnya lagi. 


Namun janji tinggal janji, 21 April, Nuur mendapati Cik Sulis telah mengambil gambar anak-anaknya dan dimuat naik ke laman Facebook. Perkara itu membuatkan dia bengang lalu menampar wajah Cik Sulis dengan telefon bimbit tersebut dan tangannya beberapa kali. Telefon itu juga dilempar ke lantai sehingga retak. 


Mangsa mengalami pendarahan di muka sehingga meninggalkan kesan kemerahan. Telefon bimbit mangsa juga dirampas dan Nuur dikatakan menyerang mangsa hampir setiap hari selama seminggu sejak kejadian itu. 


29 April, Cik Sulis berjaya mendapatkan semula telefon bimbitnya dan disembunyikan ketika dia ingin menghubungi agensinya untuk memohon dipindahkan ke majikan lain. 


Menyedari telefon bimbit itu hilang, Nuur menyoal mangsa dan menggunakan sikat untuk mencucuk dahi Cik Sulis dengan kuat, malah mukanya ditampar serta rambutnya ditarik. 


Pada malam hari kejadian, Cik Sulis diarahkan tidur di ruang tamu. Nuur mengunci pintu bilik mangsa dan pintu rumah bagi menghalangnya dari melarikan diri. 


Keesokan harinya, Nuur menarik rambut Cik Sulis dan kepalanya ditendang beberapa kali sebelum keluar dari rumah. Di sebelah malam, Nuur memanggil mangsa sebagai pelacur dan bertanya apakah dia ingin menggoda suaminya. 


Dalam keadaan yang  bingung, Cik Sulis menjawab 'Ya, Bu' menyebabkan Nur menjadi berang lalu memukul mangsa berulang kali di kepala dan belakang badan. 


Tidak tahan didera majikannya yang 'psiko' itu, Cik Sulis nekad melarikan diri pada jam 2 pagi keesokan hari dengan memanjat balkoni rumah majikannya di tingkat 15, turun ke tingkat bawah.


Sumber: Berita Harian Singapura



from The Reporter https://ift.tt/3nCWlaA
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Hh4baj
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...