loading...

Friday, 20 November 2020

Suami tikam perut isteri semasa bertengkar


Seorang wanita cedera di bahagian perut akibat ditikam oleh suaminya ketika bergaduh di kediaman mereka di Kampung Iboi, Kupang, malam semalam. 


Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, pasangan itu pada awalnya bertengkar mulut di luar rumah sebelum berlarutan ke dalam bilik. 


Mangsa berusia 36 tahun ditikam di perut dengan sebilah pisau sebanyak dua kali sebelum suspek melarikan diri. 


"Pergaduhan itu disedari ibu mangsa apabila terdengar kedua-duanya bertengkar sebelum pintu dapur ditendang dan suspek masuk ke dalam bilik. 


"Ibu mangsa cuba menghubungi polis, namun menantunya itu bertindak merampas telefon dan menghempasnya ke lantai sehingga pecah, selain mengugut mahu mencederakan wanita berusia 67 tahun itu. 


"Suspek kemudian mengacu pisau kepada ibu mangsa menyebabkannya tidak berani melawan kerana bimbang dicederakan," katanya. 


Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya kini dilaporkan stabil. 


Mangsa mengalami luka sedalam tiga sentimeter akibat ditikam dengan pisau dan polis kini sedang mengesan suspek yang dipercayai masih berada di kawasan itu kerana tidak boleh keluar berikutan pelaksanaan PKPB. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Sinar Harian



from The Reporter https://ift.tt/3pOxQsY
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3kQcZls
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...