loading...

Saturday, 21 November 2020

2 anggota polis dipecat kerana didapati 'menindih' sesama diri di bilik pemantauan CCTV


Dua anggota polis telah dipecat selepas mereka didapati melakukan perbuatan tidak senonoh di bilik pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) hospital semasa sedang bertugas. 


Perbuatan dua anggota terbabit yang tidak didedahkan nama itu dirakam CCTV dalam kejadian yang berlaku di Bandar Mexico. Lebih teruk lagi, ada individu yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan video tidak senonoh itu di media sosial.


Video itu menunjukkan si wanita sempat memerhatikan keadaan sekeliling sekiranya perbuatan mereka sedang diperhatikan, tanpa menyedari bilik itu dilengkapi dengan kamera CCTV. 


Menyedari kejadian itu telah tersebar dan mencemarkan maruah dan imej institusi polis, pihak atasan telah mengeluarkan kenyataan media. 


"Berhubung dengan kejadian yang seperti ditunjukkan dalam video rakaman tersebut, tingkah laku yang ditunjukkan dua anggota terbabit tidak mencerminkan nilai-nilai institusi ini. 


"Pegawai wanita dan lelaki berkenaan telah dipecat pada 4 Oktober lalu," kata kenyataan itu. 


Sehingga kini, tidak diketahui bagaimana pengguna di media sosial dapat mengakses video tersebut. Ini juga bukan pertama kali anggota polis ditangkap melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya ketika sedang bertugas. - Agensi



from The Reporter https://ift.tt/392npMv
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3lN8IjQ
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...