loading...

Wednesday 18 November 2020

Anak gajah kantoi makan tebu, bersembunyi belakang tiang elektrik


Gambar seekor anak gajah cuba bersembunyi di sebalik tiang elektrik selepas didapati mencuri tebu di kebun penduduk, viral di media sosial. 


Lapor portal Nation Thailand, gambar itu dimuat naik di laman Facebook pada malam Ahad lalu selepas anak gajah itu 'kantoi' makan tanaman tebu milik penduduk. 


Menyedari sekumpulan manusia mula menghampirinya, anak gajah itu mula bergegas mencari tempat untuk bersembunyi dan mengambil keputusan untuk bersembunyi di belakang tiang elektrik berhampiran. 


Anak gajah itu menyangka, tindakannya bersembunyi di sebalik tiang itu akan membuatkan manusia tidak melihatnya di situ sekiranya dia tidak bergerak. 


Netizen di media sosial terhibur dengan kelakuan anak gajah berkenaan dan mula menyebarkan gambar comel itu di platform media sosial yang lain. 



from The Reporter https://ift.tt/2HaQY2L
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3fbruyQ
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...