loading...

Tuesday, 24 November 2020

'Stok korang putus? Pi nangis kat sudut' - 260 kotak rokok seludup John D-Blend bernilai RM208,000 dirampas kastam


Rokok seludup bernilai RM1.94 juta yang cuba dibawa masuk ke negara ini dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JDKM) Jumaat lalu, 20 November 2020, lapor Kosmo Online. 


Pengarah JKDM Melaka, Siti Zaleha Mohd Said berkata, operasi yang dilakukan pada jam 4 pagi itu menahan sebuah lori yang berada dalam keadaan mencurigakan ketika melalui jalan syunyi itu di Kota, Rembau, Negeri Sembilan.


Pemeriksaan mendapati, pemandu lori berusia 36 tahun itu membawa 260 kotak rokok John D-Blend dianggarkan bernilai RM208,000 dengan nilai cukai lebih kurang RM1.74 juta. 


Siti Zaleha berkata, pihaknya percaya rokok itu dibawa masuk secara haram dari negara jiran, tetapi belum dikenalpasti destinasi rokok seludup itu dihantar. Berdasarkan maklumat yang diperolehi JDKM, pihaknya percaya rokok itu untuk pasaran tempatan. 



Semakan pada pendaftaran lori itu juga mendapati ia didaftarkan di atas nama sebuah syarikat yang berpangkalan di Johor. Pemandu lori terbabit ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana cubaan menyeludup barang larangan. 


Akta tersebut memperuntukkan hukuman denda tidak kurang dari 10 kali ganda nilai barang kes atau RM100,000 yang mana lebih tinggi dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barang kes atau RM500,000 yang mana lebih tinggi atau penjara tidak kurang daripada enam bulan dan tidak lebih dari lima tahun atau kedua-duanya sekali. 


Siasatan juga dibuat mengikut Seksyen 74(1)(d) Akta Eksais 1976 kerana mengangkut, memindah atau menguruskan apa-apa barang berduti dengan niat memfrod kerajaan dengan disedarinya. 


Hukuman yang boleh dikenakan di bawah seksyen itu adalah sama dari segi nilai dan tempohnya seperti hukuman di bawah Akta Kastam 1967. 


Sumber: Kosmo Online



from The Reporter https://ift.tt/3pVSB62
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3fwHkEl
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...