loading...

Saturday, 28 November 2020

Perogol kanak-kanak tumbang ketika disebat 146 kali, merayu minta dikasihani


Seorang pesalah kes rogol tumbang dan merayu diberi belas kasihan ketika menjalani hukuman sebat dengan rotan di khalayak awam. 


Lelaki berusia 19 tahun itu meraung ketika petugas hukum syariah bertopeng menyebab punggungnya menggunakan rotan dalam hukuman yang dilaksanakan di wilayah Aceh, Indonesia selepas didapati melanggar hukum Islam. 


Lelaki itu dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 146 kali, hukuman yang dijatuhkan ke atas jenayah yang paling keji setelah mahkamah mendapati lelaki itu bersalah di atas tuduhan mencabul dan memperkosa seorang kanak-kanak bawah umur. 



Lelaki pedofilia itu memohon hukuman dihentikan sementara dia mendapatkan rawatan doktor beberapa kali sebelum hukuman diteruskan semula. 


Selepas sebatan kali ke-52, remaja itu rebah dan segera dibawa ke pusat perubatan kerana mengalami luka melepuh yang serius di bahagian punggungnya. 



Salah seorang doktor yang turut menyaksikan hukuman itu dijalankan berkata, "Apabila dia disebat sebanyak 52 kali, bahagian badan belakang di sebelah kanan melepuh teruk. Jika hukuman diteruskan dan sebatan mengenai tempat yang sama, saluran darahnya boleh pecah dan berdarah. 


"Jadi adalah baik untuk kita tangguhkan hukuman itu dan menunggu sehingga pesalah itu pulih semula agar hukuman dapat diteruskan," katanya. - Agensi 



from The Reporter https://ift.tt/3fKTyta
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/37igUm6
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...