Seorang ejen insurans mendakwa dia telah disaman secara salah atas tuduhan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
Sau Peng Wan, 36, berkata, dia ditahan di sekatan jalan raya di Jalan Sultan Nazrin Shah ketika dalam perjalanan ke Greentown dari Gunung Rapat kira-kira jam 6 petang, 15 Oktober lalu.
"Saya menafikan kerana telefon bimbit saya beada di dalam beg sepanjang masa," kata Sau dan menambah apabila dia meminta bukti, anggota polis terbabit mengatakan rakan setugasnya melihat dia menggunakan telefon bimbit.
"Dia mengeluarkan saman terhadap saya dan meminta untuk menurunkan tandatangan, tetapi saya menolak.
"Kemudian dia melempar kertas saman itu melalui tingkap dan memaklumkan kepada saya pergi ke mahkamah untuk mencabar kes itu," katanya.
Sau berkata, dia cuba membuat laporan polis di Balai Polis Gunung Rapat, tetapi tidak diterima.
"Saya diberitahu yang mereka tidak menerima laporan terhadap polis di balai," katanya.
"Suami saya kemudian mencadangkan saya menghantar emel kepada polis melalui Jabatan Integiriy dan Pematuhan Standard (JIPS)," katanya dalam sidang media yang dibuat oleh Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam, MCA Perak, Low Guo Nan, pada Isnin, 16 November 2020.
Sau berkata, apabila dia tidak menerima sebarang maklum balas dari polis, dia meminta nasihat dari Low.
"Low meminta saya untuk mencetak semua rekod panggilan dari syarikat telekomunikasi sebagai bukti yang saya tidak menggunakan telefon bimbit," katanya.
Ekoran dari insiden itu, Sau juga mengambil inisiatif membeli kamera dan memasangnya di dalam kereta bagi menunjukkan aktiviti dalam kereta sekiranya kejadian yang sama berulang kembali.
Sementara itu, Low berkata, polis perlu lebih profesionalisme.
"Kami menghormati polis dan pekerjaan yang mereka lakukan. Tetapi saya berharap mereka dapat menunjukkan bukti sebelum mereka mengambil tindakan.
"Sekarang Sau perlu melalui segala kesulitan dengan menghabiskan masa dan wang untuk pergi ke mahkamah," katanya.
Sumber: The Star
from The Reporter https://ift.tt/3pCxjdq
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/32RvDTC
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment