loading...

Tuesday, 24 November 2020

'Arwah tak sempat ambil inhaler' - Pemandu Ambulans meninggal dunia


Peningkatan kes wabak Koronavirus yang berlaku di dalam negara semakin membimbangkan. Barisan hadapan ketika ini berjuang sehabis mungkin demi menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia.


Semalam, satu berita dukacita dilaporkan mengenai kematian seorang pemandu ambulans. Allahyarham dikatakan meninggal dunia selepas menghantar pesakit COVID-19 di Perak. 


Hasil beberapa ujian saringan yang dilakukan, arwah bebas daripada wabak tersebut. Perkara itu turut disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.


“Pesakit (pemandu ambulans) ada sejarah penyakit lain yang sedang dalam rawatan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kematian. Yang pasti, ada beberapa penyakit lain,” menurutnya menerusi aplikasi Whatsapp kepada Bernama hari ini.


Bagaimanapun Dr Noor Hisham enggan mengulas lanjut ketika ditanya berhubung perkara itu.


Sejak semalam, tular mengenai kes kematian pemandu ambulans ini sehingga ada yang menuduh arwah meninggal dunia disebabkan wabak COVID-19. 


Difahamkan, pemandu ambulans itu menghidap penyakit asma. Dan menerusi satu komen dari perkongsian di Twitter, ketika kejadian, arwah baru sahaja menghantar pesakit. 


Arwah dikatakan sedang membasuh ambulans dan tidak sempat mengambil penyedut (inhaler) lalu terus tidak sedarkan diri.


Gambar pemandu ambulans itu tular dalam keadaan terbaring dengan memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE) serta dikerumuni beberapa petugas kesihatan yang cuba memberikan bantuan kecemasan.


Sumber: Bernama, Viral Perak



from The Reporter https://ift.tt/370uA5i
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2J7J0s6
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...