loading...

Tuesday, 17 November 2020

Budak 2 tahun maut tercekik sosej ketika makan tengah hari di taska


Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas tercekik sosej yang dimakannya ketika waktu makan tengah hari, membuatkan keluarganya melancarkan petisyen melarang makanan seperti itu dihidangkan di pusat asuhan kanak-kanak. 


Mangsa, Sadie Salt, tercekik sosej ketika sedang menikmati makanan yang disediakan oleh pusat asuhan berkenaan, Mini Learners, di Radlett, London. 


Ambulans udara dan paramedik bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa sudah tidak bernafas, lalu segera membawanya ke Hospital St. Mary.


Sadie dimasukkan ke Unit Rawatan Rapit (ICU) di mana mangsa diberi rawatan dan pemantauan selama dua hari. Dalam masa yang sama, ibu bapa dan dua abangnya berusia 7 dan 10 tahun berkampung di hospital itu.


Usaha pihak hospital untuk menyelamatkan Sadie menemui kegagalan apabila anak kecil itu disahkan meninggal dunia pada Sabtu, 14 November 2020. 


Keluarga mangsa terpaksa menerima berita menyedihkan itu dan berterima kasih kepada pihak hospital yang tanpa henti cuba menyelamatkan anak mereka. 


Keluarga mangsa juga telah mewujudkan satu laman khas bagi mengenang pemergian Sadie dan juga sebagai laman bagi mengumpul dana untuk membantu COSMIC, sebuah badan kebajikan yang membantu kanak-kanak yang sakit kritikal bagi meringankan beban ibu bapa mereka.


Rakan kepada keluarga mangsa turut melancarkan petisyen yang meminta agar sosej dan buah anggur dilarang dihidangkan di semua pusat asuhan kanak-kanak kerana bentuknya yang tidak sesuai dan kulitnya yang keras, bagi tujuan keselamatan kanak-kanak.


Sumber: Daily Mail



from The Reporter https://ift.tt/2IM5JtA
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/38VEbNn
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...