Terkini! Seorang anggoa Pasukan Gerakan Am (PGA) yang sedang bertugas di pos sempadan Malaysia - Thailand dilaporkan maut akibat ditembak dalam kejadian awal pagi Selasa, 24 November 2020.
Komander PGA Briged Udara, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji yang dihubungi mengesahkan kejadian itu yang berlaku pada jam 3.10 pagi, membabitkan dua anggota.
Mangsa yang maut adalah Koperal Baharuddin Ramli, 54, dan Koperal Norihan A/L Tari, 39, yang mengalami kecederaan parah.
Mayat mangsa dan anggota yang cedera dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar untuk tindakan lanjut. Keadaan Koperal Norihan dilaporkan kritikal.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador dilaporkan dalam perjalanan ke Perlis untuk melawat mangsa dan meninjau keadaan semasa.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3kW9LwB
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3lYNAHn
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment