Pasukan perubatan di Mesir berjaya mengeluarkan ikan hidup dari kerongkong seorang nelayan dalam operasi pembedahan yang berlangsung lebih dari 10 minit di Hospital Pakar Beni Suef.
Lapor Gulf News, nelayan berusia 48 tahun itu dibawa ke hospital berkenaan oleh ambulans dalam keadaan kritikal dan mengalami kesukaran untuk bernafas. Mangsa segera dibawa ke unit rawatan rapi (ICU).
Doktor Michael Ibrahim, timbalan pembedahan pastik di hospital itu yang turut serta dalam pembedahan itu berkata, mereka telah melakukan endoskopi untuk memeriksa saluran pernafasan pesakit yang didapati sumbat sepenuhnya.
Mereka berjaya mengeluarkan seekor ikan yang masih hidup dari kerongkong pesakit dan lebih mengejutkan, ikan itu masih hidup ketika dikeluarkan.
Keadaan mangsa kembali stabil selepas ikan itu dikeluarkan dan dia ditempatkan di ICU untuk pemantauan lanjut.
Terdapat dua versi cerita bagaimana ikan itu boleh masuk ke mulut pesakit. Menurut doktor yang merawat pesakit itu berkata, lelaki berkenaan dipercayai 'memegang' ikan itu dengan mulutnya sebelum termasuk ke dalam kerongkong secara tidak sengaja.
Versi kedua, ketika mangsa sedang cuba mengeluarkan ikan itu dari pukat dengan menggunakan mulutnya, ikan itu melompat dan termasuk ke dalam kerongkong.
Nelayan itu dijangka akan pulih sepenuhnya berdasarkan keadaan dirinya yang bertambah baik dan dibenarkan keluar dari hospital selepas beberapa jam.
from The Reporter https://ift.tt/38CtZcn
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/32FO1Pe
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment