Seorang wanita di wilayah Punjab, Pakistan dilaporkan telah dijual oleh suaminya dengan harga RM276 kepada empat lelaki yang kemudian memperkosa mangsa secara bergilir-gilir selama 21 hari.
Insiden itu dilaporkan berlaku di Sargodha Utara, 200 kilometer dari Lahore di mana suspek membawa mangsa ke satu tempat dan diperkosa selama 21 hari sebelum mangsa berjaya melarikan diri meminta bantuan dari balai polis tempatan.
Rabu lalu, mangsa telah memfailkan aduan pada badan kehakiman Sargodha selepas polis menolak untuk menerima kes itu yang membabitkan suami mangsa dan empat suspek terbabit.
Badan Kehakiman seterusnya mengeluarkan notis kepada pegawai polis Daerah Sargodha dan meminta laporan mengenai kes itu pada 2 November. Ekoran dari tindakan mangsa, polis akhirnya menerima laporan dari mangsa.
Difahamkan, kes yang membabitkan jenayah rogol semakin kerap berlaku di Pakistan. Terdahulu seorang wanita telah dirogol dua lelaki di hadapan anaknya.
Keadaan menjadi lebih teruk apabila pegawai polis bernama Umar Sheikh menyalahkan mangsa di atas kejadian itu sehingga mengundangkan kemarahan orang ramai. Bagaimanapun, Umar akhirnya tampil memohon maaf selepas menerima tekanan hebat dari orang awam dan pelbagai pihak.
September lalu, Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dilaporkan mahu menjatuhkan hukuman kembiri secara kimia terhadap perogol. Terbaru, Imran pernah mencadangkan perogol dikenakan hukuman mati, tetapi kedua-dua cadangan itu tidak dapat dilaksanakan kerana ia akan memberi kesan terhadap hubungan Pakistan dengan negara lain.
Sumber: Deccan Herald
from The Reporter https://ift.tt/35o6B05
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3lrGlHH
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment