loading...

Tuesday, 11 June 2019

(Video) 'Tolong jangan berdiri di tengah pintu lif, kalau sensor system fail, lif akan terus bergerak & potong segala apa yang berada di laluannya'


Perkhidmatan lif dan eskalator boleh menjadi berbahaya sekiranya anda tidak menggunakannya dengan cara yang betul. Dua jentera ini juga bukan tempat untuk bermain mahupun membawang kerana silap haribulan, ia boleh meragut nyawa anda. 

Baru-baru ini viral di media sosial video sekumpulan wanita mentertawakan rakan mereka yang tersepit di pintu lif ketika beraya. Mujur wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Namun, seorang pengguna Twitter berkongsi mengenai akibat dan bahaya jika lif disalahgunakan.



SEKADAR peringatan kepada pengguna elevator. Tolong, tolong, tolong dan tolong jangan berdiri di tengah pintu elevator. Kalau sensor system fails, the door will try to close and the elevator does move. 

This part of the elevator will typically cut off anything in it's path. 

Jangan tahan guna kaki! Typically sensor hanya berada di tengah-tengah. Kalau sistem sensor tak detect kaki pengguna, ucapkan selamat tinggal pada kaki anda. Gunakan button yang telah disediakan. Safety first! 

Satu lagi aku nak ingatkan tentang penggunaan eskalator. Jaga langkah korang bila naik eskalator. Elevator dengan eskalator adalah benda yang paling berbahaya dalam bangunan. 

Ini aku kongsi tips tentang eskalator:
  • Hati-hati kalau nampak platform lebih pada 2. Kalau nampak ada tiga platform, janganlah berdiri lama-lama di situ.
  • Sebelum naik dan selepas naik, perhatikan comb plate. Kalau banyak patah belah kanan, stay belah kiri. Kalau belah kiri, stay belah kanan.

Yang gambar pertama sebab add-on structure. Ada satu kes di China, eskalator telan seorang budak perempuan add on structure failed to support load dan perempuan itu zuppppppp! Hmmm! 


Yang gambar kedua banyak kes jadi di seluruh dunia di mana kasut pengguna ditelan. Jadi berhati-hatilah. Kalau korang nampak apa-apa berlaku di eskalator, jerit pada sesiapa yang dekat dengan cut off switch, suruh tekan switch itu secepat mungkin. 

Seperkara lagi, bulu-bulu hitam di side rails itu bukan tempat untuk gilap kasut korang. Itu sebagai limit kaki korang jangan melebihi bulu itu sebelum kaki korang kena telan. 



Sekali lagi, skirt brush kiri kanan itu bukan untuk gilap kasut korang bagi kilat. Fungsi brush itu nak beritahu korang yang kaki korang dah dekat dengan skirt guard. Bimbang kalau kasut atau tali kasut korang masuk dalam steps ini dan telan kaki korang sekali jalan. 

Kepada golongan perempuan, kalau korang pakai maxi skirt, jubah, long skirt, tolong jaga kain korang bila naik eskalator. Tak silap aku, pernah satu perempuan ini di mana kainnya tersepit antara step eskalator dan tarik habis kain dia!

Antara kes-kes yang pernah berlaku:




Sumber: @yasredz


from The Reporter http://bit.ly/2XL24Pi
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2Wzsv90
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...