Video tersebut viral di media sosial sejak semalam selepas dimuat naik oleh pengguna Facebook, Cik Pah Cik Ton (akaun telah dinyahaktifkan) yang menunjukkan seorang wanita yang didakwa penyelia pusat jagaan warga emas di Seremban itu mempersenda mangsa dengan mencubit payudaranya beberapa kali sambil terkinja-kinja, sambil dirakam oleh rakannya.
Mangsa tidak menunjukkan sebarang reaksi ketawa, sebaliknya cuba menghalang dan memukul tangan wanita terbabit kerana bengang dengan perbuatannya yang tidak hormat pada orang tua.
Ketika kejadian, rakan mangsa yang terlantar di katil, juga cuba menghalang wanita muda itu bertindak melampau.
Sementara itu di media sosial, netizen menyelar tindakan wanita terbabit yang dikenali sebagai 'Ina', bertindak keterlaluan sehingga menimbulkan kemarahan mangsa.
Sumber: Perak Press
from The Reporter http://bit.ly/2wY9Lpn
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2ImGhYF
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment