loading...

Monday, 17 June 2019

'Saya telah dianiaya oleh beliau' - Runner tuntut MUHAMMAD SAJJAD BIN KAMARUZZAMAN mohon maaaf 48 jam


Seorang wanita menuntut usahawan kosmetik, Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Bin Kamaruzzaman, dan pembantunya, Ashaari Bin Maznan, membuat permohonan maaf dalam masa 48 jam atau berdepan dengan tindakan undang-undang. 

Yusmiliati Mohamed Yusof, 33, berkata, tuntutan itu dibuat berhubung tuduhan palsu melibatkan dokumen pertukaran jantina di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPNM). 

Terdahulu, Muhammad Sajjad Bin Kamaruzzaman telah bertemu dengan Yusmiliati pada Ogos 2017 untuk tujuan permohonan pertukaran jantina pada kad pengenalan, di kediaman rumahnya di Ampang, dan menyerahkan segala dokumen berkaitan. 

"Dia beritahu mahu menukar maklumat jantina kerana ingin berkahwin. Saya cuba bantu uruskan berdasarkan dokumen-dokumen yang dia sediakan," katanya.

Namun, pada 30 September 2017 dan 13 Oktober, JPNM telah menghantar surat salinan kepada Muhammad Sajjad Bin Kamaruzzaman yang menyatakan bahawa permohonan tersebut telah ditolak kerana pemohon gagal melampirkan satu lampiran surat pengesahan jantinan seorang khunsa daripada doktor. 

Tidak berpuas hati dengan kegagalan itu, satu laporan polis telah dibuat terhadap Yusmiliati pada 29 Ogos atas tuduhan menipu.

Disebabkan laporan polis itu juga, Yusmiliati telah direman selama empat hari pada 1 Januari lalu di Balai Polis Ampang atas kesalahan jenayah di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Yusmiliati turut dituduh di Mahkamah Majistret Ampang atas dua tuduhan menipu dan kes masih dalam proses sebutan kerana dia mengaku tidak bersalah.

Dalam sidang media yang diadakan di ibu pejabat Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profirma), petang Isnin, Yusmiliati mendakwa Muhammad Sajjad Bin Kamaruzzaman telah menganiaya, mencalar imej dan menuduhnya sebagai menipu duit bayaran bagi proses berkenaan kerana tidak melaksanakan permohonan tersebut mengikut arahannya.

"Saya telah dianiaya dan dituduh sebagai penipu oleh beliau, sedangkan saya telah melaksanakan permohonan tersebut seperti mana diarahkan beliau. 

"Saya juga telah melaksanakan tanggungjawab prosedur permohonan di JPNM dan adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk memenuhi keperluan setiap dokumentasi yang ditetapkan oleh JPNM dalam permohonan itu. 

"Malah, proses permohonan pertukaran jantina tersebut tak dapat diproses atas alasan ketiadaan surat daripada doktor yang mengesahkan beliau adalah seorang khunsa. 

"Saya juga sudah serahkan kembali sebahagian daripada bayaran caj yang dibayar kepada beliau. 

"Jadi, sekarang ini saya nak Muhammad Sajjad Bin Kamaruzzaman dan Ashaari membuat satu permohonan maaf kepada saya dalam masa 48 jam dari tarikh hari ini dalam bentuk bertulis dan dialamatkan kepada penguamcara saya serta satu video permohonan maaf oleh beliau sendiri yang akan dimuat naik di laman sosial secara terbuka," katanya yang turut ditemani dua peguamnya, Ahmad Faiq Azizan dan Mohd Amirul Ramli. 

Yusmiliati menegaskan, video tersebut harus boleh dan bebas untuk dikongsikan oleh rakan media, blogger dan juga orang ramai. 

Sekiranya gagal berbuat demikian, pihaknya akan meneruskan dengan tindakan sivil terhadap Muhammad Sajjad Bin Kamaruzzaman di mahkamah. 



from The Reporter http://bit.ly/2KY2KwP
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2MSGt6e
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...