loading...

Monday 17 June 2019

Berang dibebel ibu, lelaki campak bayinya keluar dari tingkap tingkat 6


Polis menahan seorang lelaki di China selepas bayinya berusia satu tahun maut akibat terjatuh dari tingkat enam, Jumaat lalu. 

Suspek, Zhang, 29, didakwa membuang anaknya dari tingkat di rumahnya, Dazhou, Sichuan, selepas bertengkar mengenai wang. 

Dalam kenyataan polis pada Sabtu lalu berkata, kejadian itu berlaku pada tengah malam Jumaat dan Zhang telah ditahan reman untuk membantu siasatan. 

Ibu suspek, Qin, berkata, anak lelakinya yang bekerja sebagai pemandu e-hailing pulang ke rumah pada malam Jumaat dan bermain dengan mangsa di ruang tamu. 

Namun, Qin mula membebel mengenai masalah kewangan yang dihadapi oleh Zhang kerana bimbang tidak dapat menyara cucu lelakinya itu. 

Difahamkan, selain masalah kewangan, rumah tangga Zhang juga berdepan dengan masalah. 

Keadaan itu membuatkan Zhang bengang lalu mencetuskan pergaduhan di antara mereka sebelum Zhang membuang mangsa keluar dari tingkap. 

Qin menangis dan terus keluar menuruni tangga untuk mendapatkan mangsa. 

Tiba di tingkat bawah, Qin mendapati mangsa sudah meninggal dunia dan menangis memangku cucunya itu. 

Sementara itu di media sosial, netizen meluahkan rasa simpati terhadap bayi berkenaan yang tidak semena-mena menjadi mangsa keadaan. 

"Tak kira apa pun masalah korang, anak kecil itu tak bersalah," kata netizen. 

Sumber: Asia One


from The Reporter http://bit.ly/2IJe1P2
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/31BIPd9
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...