loading...

Monday, 24 June 2019

Rumah sewa disimbah cat merah, student nyaris dibunuh Ah Long kerana disangka peminjam


"Aku ingat kes Ah Long baling-baling cat ini dalam drama saja. Rupanya di luar pun ada. Hati-hati student UTHM yang mencari rumah sewa.

"Dugaan final semester ni. Semoga Allah melindungi korang sentiasa," demikian tweet Aisyah semalam yang berkongsi mengenai kejadian yang menimpa dua rakannya. 

Berdasarkan gambar, motosikal, dinding, lantai dan pintu rumah terjejas akibat disimbah dengan cat merah oleh beberapa individu yang diupah oleh Ah Long sebagai tanda amaran. 

Adam turut mendakwa dia nyaris ditetak oleh Ah Long terbabit. Namun mereka bernasib baik kerana jiran sebelah rumah segera tampil memaklumkan kepada suspek bahawa Adam dan rakannya hanya penyewa yang tidak mempunyai kaitan dengan bekas pemilik rumah tersebut. 



Jelas Adam, bekas pemilik rumah itu sebelum ini menanggung banyak hutang sehingga rumahnya dilelong oleh pihak bank. 

Pemilik baru kemudian membeli rumah itu dan dijadikan sebagai rumah sewa kepada pelajar UTHM. Namun mereka tidak menyangka akan menjadi mangsa keadaan. 






Cubaan pemilik rumah untuk mencari bekas pemilik juga menemui kegagalan. 

Difahamkan, mangsa telah membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatan dia dan rakannya. 

Menurut penduduk di kejiranan itu, kes tersebut merupakan kes kali kedua berlaku. 

Sumber: Miss Aisyah


from The Reporter http://bit.ly/2Kzu4Ch
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2Y8D6cz
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...