loading...

Monday, 24 June 2019

'Kata tak dapat angkat tangan, tu elok je main handphone?' - Pelajar dirotan sebab gelar cikgunya 'pondan', buat laporan polis


Semalam, viral klip video seorang guru dimarahi oleh ibu kepada seorang pelajar perempuan kerana berang anaknya dirotan sehingga berbirat di lengan dan kaki. 

Difahamkan, guru lelaki itu berbuat demikian kerana pelajar itu memanggilnya 'Ah Kua' yang bermaksud pondan. 

Video tersebut dirakam sendiri oleh ibu pelajar terbabit dan tersebar di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Ada yang menyokong tindakan guru itu dan ada juga yang sebaliknya. 

Dalam video itu juga, si ibu mendakwa kesan dari tindakan guru berkenaan menyebabkan tangan anaknya mengalami kesakitan sehingga tidak dapat mengangkat tangannya. 

Namun, tampil salah seorang remaja perempuan yang dipercayai rakan sekelas pelajar terbabit menceritakan serba-sedikit mengenai kejadian tersebut. 


"Saya sokong tindakan guru saya itu. Pelajar perempuan ini merupakan pelajar nakal di sekolah saya. Jadi, saya rasa tindakan guru merotannya adalah tidak salah. 

"Apabila dia pergi membuat laporan polis, dia kelihatan gembira, langsung tak fikir apa yang dia dah buat. Jadi, macam mana guru nak didik pelajar dengan kasih sayang? 

"Ibu dia kata, mungkin dari kesan rotan itu anaknya tidak dapat mengangkat tangan, mungkin tangannya patah. Tetapi dia masih boleh main telefon. 

"Jika awak dimaki 'Ah Kua' (pondan), boleh ke awak bersabar? Siapa tak marah? Kalau awak hormat saya, mestilah saya hormat awak.

"Pelajar itu pergi depan cikgu dan cakap dia Pondan. Takkan disebabkan pelajar itu yang buat salah, guru yang kena pecat? Cikgu pun manusia tau," katanya. 


LAPORAN BERKAITAN


from The Reporter http://bit.ly/2YeDbeU
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2NbUbkP
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...