Polis memberkas dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pukul seorang remaja susulan video tular di media sosial yang berlaku di sebuah taman permainan di Taman Setia Indah di sini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, kedua-dua remaja berusia 16 tahun itu diberkas pada pukul 7.40 malam di sebuah rumah di Jalan Jaya Putra 8/4, Taman Daya di sini.
Menurutnya, tangkapan dilakukan setelah pengadu iaitu mangsa tampil membuat laporan selepas mengalami kecederaan bengkak pada kepala, mata, dan sakit dada serta muntah darah.
"Sebelum kejadian, mangsa berada di sebuah bengkel di Jalan Setia 7, Taman Setia Indah, telah terima panggilan daripada kawannya meminta mangsa datang ke kawasan Taman Permainan di Taman Setia Indah.
"Setelah sampai di lokasi pada pukul 3.30 petang berlaku pertengkaran mulut antara pengadu dengan kawan-kawannya sebelum mangsa dipukul dua suspek terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Difahamkan, punca kejadian akibat ejek mengejek yang membawa kepada pergaduhan di antara kedua-dua pihak.
Shahurinain berkata, kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.
Sumber: K! ONLINE
LAPORAN BERKAITAN
- (Video) 'Kau baru kenal aku siapa kan?!' - Remaja dibelasah, mukanya dipijak dengan kaki sehingga kejung
- 'Padamkan video itu, saya tak nak mereka (suspek) malu, saya buat hal sebab itu kena pukul' - Mangsa
from The Reporter https://ift.tt/2FCKfe5
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2X3dvk8
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment