loading...

Monday, 17 June 2019

(Video) 'Mangsa terus terjatuh ke dalam' - Akibat gunakan eskalator rosak sebagai tangga


Seorang pengguna komuter 'ditelan' eskalator selepas mesin itu gagal berfungsi di waktu puncak. 

Dalam kejadian yang berlaku pada 27 Februari 2018 di Stesen Ayazaga Metro di Istanbul, Turki itu, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan, orang ramai tetap menggunakan eskalator tersebut untuk turun ke tingkat bawah walaupun notis pemberitahuan bahawa mesin itu sedang dibaiki telah dimaklumkan. 

Secara tiba-tiba, laluan eskalator itu terjatuh menyebabkan orang ramai menggelongsor ke bawah dan beberapa orang kelihatan cuba berpaut pada pemegang eskalator. 

Mangsa, Mehmet Ali Erik, yang baru mahu melangkah ke eskalator itu pula terjatuh ke dalam eskalator yang terbuka sebelum sebahagian kepingan besi itu menutup ruangan di atas. 

Beberapa individu yang ternampak kejadian itu bergegas memeriksa keadaan Erik yang terperangkap dan terpaksa menahan kesakitan selama satu jam di dalam mesin itu sebelum diselamatkan oleh pihak bomba. 

Mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Walaupun kejadian ini berlaku pada tahun lalu, ia kembali viral di media sosial dan kali ini disertakan dengan peringatan agar para pengguna berhati-hati selepas ini. 

"Apabila eskalator tidak beroperasi, jangan gunakan ia sebagai tangga. Ini kerana bebanan yang ditanggung oleh eskalator itu tadi akan memaksa ia bergerak ke bawah. 

"Apabila itu berlaku, ia boleh bergerak dengan kelajuan tinggi kerana ia tidak dapat dikawal. 

"Akibatnya, seseorang yang baru mahu menaiki eskalator akan terjatuh ke dalamnya (seperti yang berlaku dalam video)," kata Nurhafizah yang berkongsi mengenai perkara itu di Twitter. 





from The Reporter http://bit.ly/2Xkd890
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2ZuHC5k
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...