Hasrat seorang wanita menjamu saudara mara datang beraya di rumahnya (katanya berkonvoi) tidak kesampaian apabila mereka memberikan alasan yang tidak munasabah. Malah, makanan yang telah disediakan terpaksa disimpan begitu sahaja membuatkan wanita ini kecewa.
Perkara itu dikongsikan oleh anak perempuannya, Lela Jamil, di Twitter yang juga memaklumkan meskipun pergelangan tangan ibunya patah, dia masih gigih menyiapkan semua juadah berkenaan. Malangnya, saudara mara yang ditunggu itu tidak kunjung tiba.
Aku paling geram dengan manusia cakap nak datang rumah beraya, tapi tak datang pun. Kesian mak aku tau. Hmm. pic.twitter.com/ZBTyRdBEqK— lela jamil (@_notlaila) June 22, 2019
AKU paling geram dengan manusia cakap nak datang rumah beraya, tapi tak datang pun. Kesian mak aku tau. Hmm.
Mak aku dahlah tak sihat, pergelangan tangan patah. Tapi mak gigihkan juga masak sebab dah lama tak jumpa saudara. Gembira mak aku masak, siap suruh aku balik tolong masak. Tapi aku pula kerja. Mak siap call banyak kali. Bila nak sampai, diorang cakap on the way lagi. Mak aku pun okeylah, tunggu.
Mak menunggu dari jam 10 pagi, sampai ke waktu zohor masih tak datang juga. Mak suruh anak-anak dia bungkus bawa balik semua makanan. Hmm. Dengar suara mak tadi, bergenang air mata aku.
Mak aku masak mee udang, ayam sambal bambu, pengat durian, nasi beriani, puding roti, pulut, karipap goreng, kambing bakar sendiri dan macam-macam lagi haih. Banyak mak masak, punya gembira nak menjamu tetamu. Tetapi ini yang terjadi. Weh! Sumpah aku mental.
Yang tak boleh blah alasan dialah. Buat aku rasa nak mengamuk. Rasa macam nak putus saudara pun ada. Ada ke dia cakap,
"Rumah mak ndak kat dalam hutan sangat, sampai sesat kami. Kami dah terlepas sampai ke Negeri Sembilan ni. Kami beraya rumah orang lain dululah.
"Kalau kami larat nak beraya lagi, kami datanglah rumah mak ndak ya?"
Baik betul bunyinya kan? Aku balik lepas kerja tadi pun, mak ingatkan aku saudara dia. Gigih dia buka pintu menyambut aku. Muka dia yang bersinar, bila buka pintu itu terus hilang senyuman dia. Hmmm, senyum kelat sajalah yang dia mampu bagi.
Sampai jam 10 malam dia menunggu. Aku terpaksa cakap tegas dengan mak aku.
"Tak payah dah lah tunggu mak, diorang tak nak datang pun."
Barulah kitorang kemas makanan-makanan itu masuk peti ais, sampai tak muat peti ais kitorang.
Part kita dah selesai, part diorang, nanti jawablah dekat sana. Tolong doakan kesihatan mak saya.
Di media sosial, netizen bersimpati dengan apa yang berlaku dan mendoakan ibu Lela diberikan kesihatan yang baik.
Sedihnya baca thread u ni. :( kesian mak u. Kalau i dkt i dh dtg tlg makann kalau i sedara trdekat or jiran kee..— 𝒟𝑒𝓋𝒾𝓁𝓌𝒾𝓉𝒸𝒽𝓍👷🏽♀️ (@_leemisaki) June 22, 2019
Siapa jee tak pernah kena game macam ni, sumpah rasa nak maki berbakul bakul bila dah siap masak apa semua tapi tak jadi datang 😂— Faris (@Payishahyin) June 22, 2019
salah satu contoh manusia yg tak belajar hormat orang ni lah, orang nak raikan diorang, sekali buat perangai bodoh.— Iamrude (@rudyakhbar) June 22, 2019
Ya allah kenapa langsung tak fikir perasaan your mom😭😭 baca ni i rasa omggggg kenapa diorang buat macam tu. pity ur mom 😭— мєℓαтι 💞 (@fxranabila) June 22, 2019
Sumber: Lela Jamil
from The Reporter http://bit.ly/2J5vSjg
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2YchWKz
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment