loading...

Saturday, 15 June 2019

'Anak menangis, mulut ternganga tak boleh tutup, air liur menitik tak berhenti' - Budak gigit daun pokok perhiasan alami kekejangan


"Tolong buang pokok beracun ini! Jangan tanam!" demikian amaran dari seorang ibu kepada orang ramai selepas anak perempuannya mengalami kekejangan bibir dan lidah selepas menggigit daun pokok perhiasan. 

Dalam perkongsian Husnulkhotimah Fahmi pada 14 Jun lalu, anaknya, Nashwa, mengakui menggigit daun pokok perhiasan Dieffebachia sebelum menangis dan membuatkan keluarganya panik.

GUYS, just want to share with you all. Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada yang belum tahu. 

Kalau di rumah ada tanam pokok keladi perhiasan seperti dalam gambar ini dan ada anak kecil, elok buang saja pokok itu sebab ia beracun. 

Dalam kejadian petang kelmarin, Nashwa bermain di luar rumah. Dia ambil pokok itu dan gigit sedikit, just a tiny bit. Masuk ke rumah menangis-nangis macam luka teruk tetapi tak nampak luka atau apa-apa kesan sakit.

Ibu panik sebab tak tahu apa puncanya. This four years old girl tak nak beritahu sebab takut ibu marah dia. Selepas diasak, Nashwa beritahu yang dia gigit daun itu. Terus suruh dia Google dan jumpa di webstie mengenai tumbuhan perhiasan ini. 

Pokok hiasan Dieffebachia ini sering di letak di perkarangan rumah. Getah dan daunnya mengandungi calcium oxalate yang menyebabkan gatal-gatal, kekejangan bibir dan lidah. 


Yes betul pokok itu. Nashwa menangis sambil mulut ternanga tak boleh tutup. Mungkin sebab kejang bibir. Air liur pun menitik tak berhenti-henti. 

Saya terus bawa ke klinik. Doktor tanya ada telan tak, ibu tak tahu dan Naswa pula tak boleh bercakap. Doktor periksa bibir bengkak sedikit, pernafasan semua okey. Doktor kata, kalau Nashwa telan, kerongkongnya akan bengkak dan boleh menyebabkan saluran pernafasan tersekat (boleh menyebabkan maut). 

Doktor beri ubat sapu bengkak, alergik dan charcoal untuk serap racun kalau ada yang masuk perut. Alhamdulillah hari ini dah okey. 

Bila tanya Nashwa ada ke makan daun itu, dia cerita dia ambil satu tangkai dan koyakkan daun itu. Dia gigit sikit saja. Selepas itu dia ludah semula dan terus berlari masuk ke rumah minum air. Katanya pedih, mujur sikit saja. Kalau tertelan banyak? Nauzubillah, moga dijauhkan. 


Saya nak pesan kepada semua yang ada menanam pokok ini. Eloklah dibuang saja. Risau budak-budak yang tak reti apa lagi ambil dan masuk dalam mulut. 

Kids being kids kan, diorang curious, semua benda nak explore. Kita yang kena sediakan safe environment untuk diorang. Sentiasa pantau apa budak-budak kecil ini buat. 

Lagi-lagi musim raya ini, merata-rata kita ziarah saudara dan kawan-kawan. If anything happen, always go straight to doctors okay. 

Sila share supaya semua orang alert. Semoga posting ini bermanfaat. 



from The Reporter http://bit.ly/2FesaTg
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2WKtF1A
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...